BIO SELEZA FEMININE PAD ORIGINAL

17 Julai 2011

Hukum Wanita Memakai Perhiasan Emas

Hidup tidak akan selamanya...

Dalam islam, wanita dibolehkan untuk memakai perhiasan EMAS selagi tidak melanggar hukum dan syariat islam. Jauhi perhiasan yang menyerupai salib atau perhiasan orang-orang kafir. Wanita dibolehkan untuk memakai perhiasan seperti RANTAI, KALUNG yang direka dengan pelbagai bentuk seperti yang terdapat dalam pasaran kini. emas adalah HALAL bagi perhiasan wanita.

Firman Allah SWT:
Ertinya: "Patutkah (yang dikatakan anak Allah itu jenis perempuan) yang biasanya dididik dan dibesarkan dalam perhiasan, sedang ia semasa berbantah dan bertikam lidah tidak dapat memberikan alasan yang jelas?'
                                                                                                                (az-zukhruf, 43: 18)

Dalam hal ini, Allah SWT telah menjelaskan bahawa memakai perhiasan merupakan sifat para wanita. Hal ini sangat umum dan mencakupi semua jenis perhiasan.

Imam ahmad, Abu Daud dan an-Nasa'i meriwayatkan bahawa dengan hadis yang sahih daripada Ali Ibni Abi Talib r.a bahawa, Rasulullah SAW memegang sutera pada tangan kanannya dan emas pada tangan kirinya.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud : 
"Sesungguhnya dua barang ini adalah haram bagi kaum lelaki daripada umatku."

Dalam riwayat Ibnu Majah, akhir daripada hadis tersebut adalah berrmaksud: "Dan halal bagi kaum wanita daripada umatku."
                                                                     (Riwayat Imam Ahmad, an-Nasa'i, at-Tarmidzi)

Nabi SAW bersabda, yang bermaksud :
"Dihalalkan emas dan sutera bagi kaum wanita daripada umatku dan diharamkan bagi kaum lelakinya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen untuk BloG sYaWaL