BIO SELEZA FEMININE PAD ORIGINAL

28 Februari 2010

MY LOVE

Terkenang-kenang,.......aku is aku...not you...

Hidup tidak akan selamanya...

Tahun ni umur meningkat lagi...tp itu bukan ukuran untuk segala-galanya kerana apa yang penting...tanggungjawab aku semakin bertambah....ye la tanggungjawab sebagai seorang anak tentunya xpernah habis tp yang penting...tanggungjawab sebagai seorang kakak kepada adik-adik yang semakin meningkat remaja....actually menjadi seorang kakak ini adalah mudah bila ada adik aku dah bergelar seorang kakak...tapi untuk merealitikan tugas sebagai seorang kakak itu agak berat...berat ker???? hmmm depends the other...lain orang lain cara....begitu lah juga aku...walaupun begitu aku masih seorang adik kepada kakak2 dan abang2 kesayanganku...whatever...aku kena cuba jadi mcm mereka....sbb mereka mjd role model untuk aku laksana tugas sbgai orang dewasa...hahaha DEWASA??? mcm xsesuai...sbb aku still rasa aku mcm xdewasa...still otak *gila2 ...

Ala xkisahla janji aku hidup dengan cara aku sendiri selagi masih berada pada landasan betul insyaAllah aku diberkati. Sekarang tinggal masa 2 bulan lagi untuk habiskan praktikal aku...rasa dah tak sabar...banyak perancangan aku dalam masa tanam anggur ni...xtahu berjaya atau tidak....benda ni kalo nk berjaya dan membuahkan hasih aku memang kena buang sikap malu dan low self esteem aku ni...memang dah buang but not 100%... ..emm memang la manusia kalo xder sikap malu akan hilang lah rasa kemanusiaan dan nilai2 murni dalam diri...btul x ayat aku tu...xkisahla aku yang tulis bukan orang lain...

Bila kenang2 semula...lepas 2 bulan aku tidak lagi berselar seorang pelajar......uwaaaaaaa xmau xmau xmau...saat menjadi seorang pelajar adalah kenangan paling indah dan best dalam hidup...kerana apa aku ckp mcm tu...ye lar sbb pelbagai liku2 yang perlu dilalui dan ditempuhi...ada onak dan duri...bukan duri *kemam saja tp duri *pelas...huhuhu (bhasa kg) sakitnya memang la bila kena duri ni...but alhamdulillah walau apapun aku berjaya la juga sampai ke tahap ini...setakat tahap ni bukanlah sampai kemana2 pun tp sekurang2nya aku berjaya menghabiskan pengajian aku...dan buat ibu ayah (cik dan ku) bangga...puas hati dan gumbira...

Cik, Ku... terima kasih di atas segala-galanya...Ya Allah sesungguhnya hamba insan yang hina lagi kerdil ini terlalu bersyukur dengan kurniaan-Mu, redha dengan ketentuan-Mu...terima kasih YA ALLAH...

Kau bimbinglah hamba-Mu ini kejalan yang lurus, yang Kau REDHAI...agar menjadi salah seorang mukminin yang solehah dan layak menjadi salah seorang penghuni SYURGA-MU YA ALLAH...AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Allah Engkaulah tempatku mengadu,
Ibu ibu engkaulah Ratu hatiku,
Ayah ayah engkaulah Jantung hatiku,
Kakak dan abang engkau jadi teladan,
Adik adik ku jadi perangsang hidup,
Kawan kawan ku engkaulah susah senangku,
Bila ku berduka engkau hiburkan hatiku...
Ibu ibu engkaulah ratu hatiku....


Orang kata hidup perlu cinta....ya betul...C.I.N.T.A ..@ .L.O.V.E ...dan LOVE IS CINTA... tidak kira dalam bahasa apa sekalipun disebut..ia tetap bermakna cinta...

KITA tidak sempurna tanpa cinta.... kita kena cinta pada Pencipta, Rasul, Agama, Bangsa, Negara, Pegangan kita, diri sendiri, keluarga, teman taulan...bahkan cinta kepada setiap makhluk ciptaan Allah swt sama ada manusia, tumbuh2an , haiwan dan sebagainya.

Emmm cakap senang tp nak laksana memang payah...banyak kesulitan...tp apa yang penting...ada keinginan sentiasa ingin improved diri menjadi lebih baik, berubah ke arah kebaikan...cuba baiki secara beransur...

Manusia...adalah lemah.......setiap manusia itu tidak sempurna ada kelebihan dan kelemahan masing-masing....apa yang burul itu dari diri kita sendiri...dan yang baik itu dari Allah swt...

emm setakat ni dulu masa utk aku membebel hari ni.....

sebelum ni agak sibukkkkk dengan sekolah....sukan ....merentas desa ....meeting ...dan yg ptg prepare utk di observe....peluh sejut siut...tunggu time kena adus...mudah2an berjaya...i will try my best...insya'Allah...pray for me...(peace no war) (*_^)





CAN U HEAR ME???

Hidup tidak akan selamanya...

9 Februari 2010

Kehidupan yang SEMPURNA

Kehidupan yang sempurna....itu sememangnya keinginan malah menjadi impian setiap insan yang bernama manusia selagi mereka masih waras atau dengan kata lain berakal. Tapi apakah yang dimaksudkan dengan kehidupan sempurna itu??? Kalau dilihat kepada pepatah itu...ia sebenarnya membawa banyak makna atau boleh dipecahkan kepada beberapa cabang...

Seseorang itu boleh kata hidupnya sempurna apabila:

  1. ada wang yang banyak,
  2. ada kerja glamour, rumah besar, ada kereta,
  3. ada anak, isteri @ suami, ada kerja tetap, ada rumah, kenderaan,
  4. ada kekasih
  5. ada tempat untuk bergantung dan sebagainya.

Tapi bagi aku...susahnya untuk mengecapi kehidupan yang sempurna itu... aku cakap begini bukan kerana aku ni bukan tidak tahu bersyukur dengan kurniaan Allah swt atau masih berasa teraniaya dengan kehidupan di atas muka bumi ini... SEBALIKNYA aku berkata begini kerana pada aku...kehidupan yang sempurna itu ialah apabila seseorang itu berjaya dalam perjuangan hidup secara sama rata iaitu balance perkara didunia dan akhirat.


Sememangnya hidup atas dunia ini perlu diiteruskan...yang mana pepatah mengatakan kejarlah kehidupan didunia ini untuk kebahagiaan tetapi jangan dilupa pada tanggungjawab kita untuk kebahagiaan kehidupan diakhirat juga...


Sebab itu selama hidup ini aku masih dapat rasakan aku masih belum kecapai kesempurnaan itu...memang perjalanan hidup aku masih panjang...tp siapa tahu entah esok lusa apa yang akan terjadi kita xtahu itu semua Kerja Allah swt...cuma kita sbagai manusia mampu berdoa mudah2an dipanjangkan umur, murah rezeki, sihat walafiat dan diberikan jodoh yang baik. Moga dengan kurniaan atau anugerah yang Allah swt berikan pada kita dpat dimanfaatkan dengan menggunakan kesemoatan ini untuk menjadi khalifah dimuka bumi Allah swt sebaik2nya.

7 Februari 2010

Guru pelita hidup...

Assalamualaikum...

Hidup tidak akan selamanya...itulah kata2 yang sentiasa aku ingat...hidup hanya sementara...jadi selagi masih bernafas di atas muka bumi kurniaan Allah swt ini...aku kena cuba memanfaatkannya dengan sebaik mungkin...emm aku akan berusaha menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik...insya'Allah mudah-mudahan niat aku ini di Makbulkan Allah swt. Usaha aku untuk itu masih belum cukup a.k.a mencapai tahap impak maksimum...jadi kena go go go chaiyok chaiyok aza aza fighting...

So APA YANG PENTING???? KERJASAMA??? itu memang la betul seperti yang disebut "menjadi trademark" WONDERPETT...tp bagi aku apa yang PENTING ialah SOKONGAN dari semua orang disisi aku ESPECIALLY cik ngan ku... cik ku im always need you and love you much.


Emm aku nak kongsi cerita aku ni macam mana eks...aku bakal bergelar sorang guru pada suatu hari nanti...insya'Allah...tp sekarang pun dah digelar cikgu walaupun hanya sebagai guru praktikal...but im always try my best...aku cuba setakat yang aku mampu...aku ingat lagi masa aku sekolah dulu pernah terdetik di hati aku tp xtau la berapa kali...iaitu senangnya jadi cikgu...ajar lepas tu kuar kelas....kini bila aku berada dalam situasi guru2 aku dulu baru aku tau betapa banyak dugaan dan cabaran bila menjadi seorang guru...ye la mana tugas sebagai guru, ibu bapa, pekerja, tu tak termasuk kerja2 lain...lagi terutama bagi yang dah berkeluarga...memang jadi guru kerja separuh hari...bila org tengok guru mereka akan kata senang jadi guru kerja separuh hari saja masa lain boleh berehat kat rumah...tp bagi aku memang la...tp walaupun kerja separuh hari...namun kerja dari sekolah bawa balik sampai ke rumah....macam mana tu...aku cakap macam tu bila aku lalui benda ini...aku lihat housemate aku juga seorang guru, kawan2 aku, kakak aku sendiri sampai jam 2,3 pagi masih bersengkang mata menyiapkan tugasan untuk sekolah...mana nak right kertas student lagi la, buku rekod la,...dan itu baru yang basic...yang lain banyak lagi...

adoiiii lama juga aku membebel kat cini...tapi what ever...guru itu pelita ilmu yang sanggup membakar dirinya sendiri demi memberikan ilmu pada anak didiknya...jadi moralnya disini HORMATILAH guru anda...aku nak jadi guru sebab ini pun cita2 aku juga...walau pahit manis aku akan telan...

sebagai seorang anak didik yang pernah dididik oleh insan yang bernama guru....aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan, kesejahteraan guru-guru aku... apa yang aku nk bgtau kat cni lagi...aku masih ingat lagi guru pertama aku time tadika iaitu cikgu Balqis....dan ramai lagi ...

6 Februari 2010

Jangan Menyesal....

Aku kini masih aku yang dulu....tapi kadang-kadang aku dapat rasakan aku ini bukan aku yang dulu...kerana apa hanya aku yang tahu...ini mungkin berpunca dari keadaan persekitaran aku atau keadaan yang memaksa aku....adakah aku terpaksa???jawapannya aku sendiri masih mencari-cari.... aku adalah aku dan selagi aku berpegang teguh pada prinsip aku ...walau badai melanda insyaAllah aku tidak akan hilang pedoman...namun apa yang berlaku disini mungkin kerana tuntutan atau keadaan itu membuatkan aku kadang-kadang perlu jadi orang lain...

ORANG LAIN???maksudnya bukan berpura-pura atau hipokrit tapi aku kena jadi seseorang yang baru mengikut situasi...tapi apa yang paling ketara sekarang....aku dapat lihat rasa sendiri perubahan aku yang amat besar ....apakah itu???emmm itu paling utama sikap GARANG a.k.a BEKENG aku la...emmm memang dari kecik sampai sekolah menengah aku sentiasa dirisaukan oleh kedua orang tua aku dan kakak2 dengan abang2 sebab sikap itu....mereka mungkin takut sikap itu akan membuatkan aku dimusuhi ...hehehe kadang2 bila ingat balik rasa nak tergelak....aku anak tengah memang agak macam2...tp whatever...aku rasa aku ni unik...hahaha...tak kisah apa orang kata aku ni perasan kek apa kek...hmmm biarlah...apa ada aku kisah????yang penting aku tak susahkan orang lain tp yang paling penting Allah swt tahu dan nampak ... ... ...tak habis disitu...

bila aku mela masuk IPTA...baran aku making hilang...entahla...mungkin sbb aku kena hidup berdikari jauh dari parents...membuatkan aku kena la jadi pendiam...baran tu xder lagi cuma kalau ada yang tak kena geram la juga....kalau nak ikutkan...aku nak cerita lain ni...tp xper...t aku sambung jap lagi la...penat la....

1 Februari 2010

Role Model Sepanjang Zaman...

Hidup tidak akan selamanya...

Rasulullah S.A.W: Role Model Sepanjang Zaman


Amalan - Amalan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah) sekalipun sedikit. (Riwayat Termizi dan Nasa'i daripada Aisyah dan Ummu Salamah)


Tahajjud - Rasulullah bangun menghidupkan malam (tahajjud) hingga bengkaklah kedua kaki baginda. (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi, Nasa'i Ibnu Majah kepada Mughirah)


Puasa - Rasulullah berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. (Riwayat Ibnu Majah)



Pakaian - Adalah pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah SAW ialah gamis. (Riwayat Abu Daud, Termizi, Hakim daripada Ummu Salamah)



Berserban - Apabila Rasulullah berserban baginda akan melabuhkan ekor serbannya antara dua bahunya. (Riwayaat at-Termizi daripada Ibnu Umar)


Bertemu - Adalah Rasulullah SAW apabila mendatangi rumah seseorang, baginda tidak akan berdiri menghadap di hadapan pintu akan tetapi baginda akan berdiri di sebelah kanan atau kiri pintu sambil mengucapkan Assalamualaikum, Assalamualaikum. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud daripada Abdullah bin Bisr)



Sujud Syukur - Apabila Rasulullah SAW didatangi dengan berita yang menggembirakan hatinya, baginda akan terus sujud sebagai tanda syukur pada Allah SWT. (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Bakrah)



Berbaring - Apabila Rasulullah SAW hendak berbaring (untuk tidur), baginda akan meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya. (Riwayat Tabrani daripada Hafsah)



Makan - Adalah Rasulullah SAW apabila baginda makan tengahari, baginda tidak akan makan malam lagi dan jikalau baginda makan malam, baginda tidak akan makan tengahari. (Riwayat Abi Na'im daripada Abi Sa'id)



Berwudhuk - Apabila Rasulullah SAW berwudhuk, baginda akan menyelati janggutnya dengan air. (Riwayat Tabrani daripada Ibnu Umar)



Ketawa - Apabila Rasulullah SAW ketawa, baginda meletakkan tangannya di atas mulutnya. (Riwayat Bughawi daripada Walid Murrah)



Istighfar - Apabila Rasulullah menghadiri satu majlis kemudian hendak bangun meninggalkannya, baginda akan beristighfar sebanyak sepuluh hingga

lima belas kali. (Riwayat Ibnus Sinni daripada Abi Umamah)


Berani - Adalah Nabi SAW orang yang paling baik, paling pemurah dan paling berani. (Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah dari Anas)



Benci dusta - Adalah perangai yang paling dibenci olehnya (Nabi SAW) ialah dusta. (Riwayat Baihaqi dari Aisyah)

Marah - Apabila Rasulullah marah dan baginda dalam keadaan berdiri, baginda akan duduk, dan jikalau sedang duduk, baginda akan berbaring hingga hilanglah marahnya. (Riwayat Tabrani daripada Ibnu Mas'ud dan Ummu Salamah)


Beri salam kepada kanak-kanak - Apabila Rasulullah lalu di hadapan kanak-kanak, Rasulullah akan memberi salam. (Riwayat Bukhari kepada Anas)



Memotong kuku - Rasulullah memotong kuku dan menggunting misalnya pada hari Jumaat sebelum keluar sembahyang. (Riwayat Baihaqi kepada Abi Hurairah)



Menerima berita - Apabila Rasulullah SAW didatangi dengan perkara (berita) yang menggembirakannya, baginda akan berkata "Alhamdulillahillazi bi ni'matihi tatimmus solihat", dan apabila baginda didatangi perkara yang buruk, baginda akan berkata "Alhamdulillahi 'ala kulli hal". (Riwayat Ibnus Sinni dan Hakim daripada Aisyah)

Peringatan untuk kaum adam (fwrd: msj)

Hidup tidak akan selamanya...

Saudara dan saudari kaum
muslimin dan muslimat
Renungan khususnya untuk
para wanita dan diri sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu
ketika melihat Rasulullah menangis
manakala ia datang bersama Fatimah.
Lalu keduanya bertanya mengapa
Rasul menangis.
Beliau menjawab,
"Pada malam aku di-isra'-kan, aku
melihat perempuan-perempuan yang
sedang disiksa dengan
berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa
aku menangis. Karena,
menyaksikan mereka yang
sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan
apa yang dilihat ayahandanya.
"Aku lihat ada perempuan digantung
rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya,
tangannya diikat ke belakang
dan timah cair dituangkan
ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantang
kedua kakinya dengan terikat
tangannya sampai ke ubun-ubunnya,
diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan
badannya sendiri, di bawahnya
dinyalakan api neraka. Serta
aku lihat perempuan yang bermuka hitam,
memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya
pekak dan matanya buta,
dimasukkan ke dalam peti yang
dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari
lubang hidung, badannya berbau busuk
karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya
seperti himar, beribu-ribu
kesengsaraan dihadapinya.
Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing,
sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar
dari duburnya sementara malikat
memukulnya dengan pentung dari api
neraka," kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian
menanyakan mengapa mereka disiksa seperti
itu?
*Rasulullah menjawab,
"Wahai putriku, adapun mereka
yang tergantung
rambutnya hingga otaknya
mendidih adalah wanita yang tidak menutup
rambutnya sehingga terlihat oleh
laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya
adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya
ialah perempuan yang tidak
taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa
izin suaminya, dan perempuan
yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri
ialah karena ia berhias
untuk lelaki yang bukan muhrimnya
dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri
dengan gunting api neraka
karena ia memperkenalkan dirinya kepada
orang yang kepada orang lain
bersolek dan berhias supaya kecantikannya
dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.


*Perempuan yang diikat kedua kaki dan
tangannya ke atas ubun-ubunnya
diulurkan ular dan kalajengking padanya
karena ia bisa shalat tapi
tidak mengamalk! annya dan tidak mau mandi
junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi
dan badannya seperti himar
ialah tukang umpat dan pendusta.
Perempuan yang menyerupai anjing ialah
perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan
Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan