BIO SELEZA FEMININE PAD ORIGINAL

15 September 2009

Balik Kampung

Assalamualaikum

Hari ini aku akan balik kampung...sekarang duk kemas2 sempat lg duk menulis ni...doakan kami selamat pulang....amin...

KaLaU iTu SuRaTaN tAkDiRnYa...

Assalamualaikum...



KaU sAhAbAt KaU tEmAn

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati


Sumbangan Muhammad Danial Othman@Danial JB



KaU pErGi Jua...

Wajahmu
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu
Mengapa sering terbayang dimataku
Sehingga terbawa didalam mimpiku

Sayangku
Tahukah kau didalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci
Kau bunga
Ingin kusuntingmu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku

Sayangnya
Harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi

Kau pergi jua
Setelah cinta ku kini membara
Belum sempat kucurahkan kasihku
Kau pergi tak kembali...

Wassalam
Imbang Penuh

14 September 2009

Hari ni...story sikit...rezekiku...

Assalamualaikum W.T.B

Hari ni p kelas macam biasa...balik kelas p teman kawan (kak nis) beli nasi kat bazaar, lepas tu balik bilik, kemas2 bilik...kiranya nk balik hari rabu pg...tp xjadi...kawan yg bawa keta ada hal...so kitaorang (saya, anor, ila) akan bertolak hari khamis pg.....hati dah tak ada kat cni dh...nk balik jer...maklum la xcited nk bagi baju raya kat anak2 buah Danial, Issah, Zikri, Zakuan, Mariam...adik Ammar, niey. dan yang penting baju raya untuk ku a.k.a ayahanda, abg dey, cik a.k.a bonda..."untuk bonda kain tudung jer" sbb baju raya dh ada...kak na dh belikan...hehehe....tadi teringat kat adik ammar satu-satunya adik lelaki ku yang "COBOK" (ni nama yang kitaorg adik beradik suka panggil kat dia saje untuk usik dia).



Adik Ammar....hari ni teringat kat dia so tel rumah nak sembang ngan dia...sempat jg sembang ngan ku...serba salah dan rasa bersalah bila ku cakap kenapa lama dah tak call. So sy explain la yg dh banyak kali jg call...time sahur, malam...tp xckp ngan ku...sbb time tu ku tidur...so xnak adik2 kejukan ku yg nak berehat...lgpun ku demam. Maybe ku ingat saya xthu dia demam...tp hakikatnya mesti tahu kerana kalo xtahu...adikku yang ada kat trgganu akan call at least msj. Orang tua ni time2 dia sakit mmg cpt kecil hati...tp kalo time tu ada org beri perhatian especially anak-anak mereka (ibu bapa) akan rasa lebih sihat dan dihargai... kalo sakit sikit2 pun dh jadi lebih baik.


Berbalik kepada cerita hari ni lepas dh sembang2 tanya khabar saya pun rasa la lega... Lepas tu dh xbuat apa2 cuma rehat baring2 jer kerana sakit kepala. Tambah2 perasaan agak kurang baik...maklumla 2, 3 hari ni mood kurang baik...macam2 ada tp apa2 pun kena la "happy go lucky". EMmmm hari ni jg saya di hiburkan dengan gelagat teman2ku ini...memang kelakar la mereka ni...so saya jd seronok.....hehehe...sayang u all muahhhhhh...


Tp sesekali perasaan rindu pula datang bertandang di hati ini...pada siapa??? adakah gewe? marka? cowok? atau siapa??? hakikatnya saya rinduuuuuuuuu sangat kat sepupu yg sorang ni...dia ni sy dh xanggap macam sepupu dh tp as a sister...entahla saya sayang sgt kat dia....dia ialah mandear saya...masih ingat lg dulu2 time sekolah2 kami selalu bersama walaupun ke mana2...tak pernah berenggan sama ada di rumah, sekolah @ kemana-mana kecuali selepas dia dapat melanjutkan pelajaran ke universiti saya masih lg belajar di sekolah menengah. Sehe is perfect for me...ketabahan dan semangatnya saya jadikan ikutan.....sehinggalah saya habis belajar sampai peringkat STPM, bila dapat tahu result Ya Allah hati bukan kepalang seronok kerana xsangka usaha saya membuahkan hasil...betapa Allah Maha Pemurah...kerana setiap yang hamba-Nya mahukan jika betul2 usaha dan berdoa....Dia akan berikan.


Tp bila dpt tahu dapat offer masuk Universiti...saya memang seronok...dapat course sama ngan my Sis tadi but apa yg x seronoknya...dapat uni lain.......uwaaaaaaaa cedihnya.......xnak berpisah dengan dia... satu hari menangis tanpa segan silu di hadapan kuarga, depan ku, cik, kakak abang2, adik2. Sampai 1 tahan aya buat keputusan kuarkan semula buku2 STPM yang dah tersimpan elok dalam kotak...untuk ambil semula STPM...logik ker dan wajarkah saya bertindak demikian??? ku dan cik pun dah xleh nak kata apa2 dengan keputusan saya ni...my sis pun bgla tazkirah untuk wash my brain "brainwash" saya ni...lepas tu sy tanya pendapat ramai...fikir elok2 minta petunjuk dengan Allah swt...akhirnya sy buat keputusan terima tawaran itu....so now im here in USM...(ada sbb knp xnak mai penang...tp lain kali story lagi).


Wassalam

Kesilapan tak disengajakan

Waktu itu bulan ramadhan, masa tu umur dia lebih kurang 16 tahun. Dia seorang gadis yang dilahirkan mempunyai kakak, abang, dan adik-adik. Tugas harian dia ialah belajar iaitu ke sekolah setiap hari. Setiap hari dia ke sekolah menaiki kereta “prebek sapu” dengan tambang 0.50 sen. Kini dia tidak lagi mengayuh basikal kerana basikal itu diberikan pada adik pula. Pulang dari sekolah, dia tidak lagi dapat bermain-main seperti mana dahulu kerana umurnya sudah meningkat remaja. Sikap dia yang tidak suka memerap di rumah membuatkan dia agak tidak dikenali oleh orang kampung. Setiap petang dia ditugaskan oleh ayahandanya untuk menjaga lembu-lembu yang dipelihara oleh ayahnada dia. Oleh itu setiap hari dia pada waktu petang dia akan mengambil alih tugas ayahandanya untuk menjaga lembu-lembu itu dengan mengalih, menuntung, dan membawa lembu-lembu itu pulang ke rumah. Tambahan lagi pada bulan puasa, ayahandanya ingin berehat. Dia akur dengan perintah ayahandanya kerana dia sedar sebagai seorang anak, dia perlu membantu meringankan beban orang tua yang banyak berkorban untuk dia dan keluarga dia.

Pada suatu hari, dia sedang memasak juadah untuk berbuka puasa, dan pada waktu itu cuaca jadi mendung tiba-tiba...angin pun kuat di luar. Sedang dia menyalakan api untuk membakar daging, tiba-tiba ayahandanya menyuruh supaya pergi mengambil lembu-lembunya dahulu kerana hari nak hujan. Dengan pantasnya dia berjalan kaki sambil berlari-lari anak di atas batas parit dan melalui kawasan bendang… akhirnya sampailah dia ke tempat yang ditujui. Dengan bersungguh berhati-hati dia melepaskan ikatan tali lembu itu dan menarik lembu-lembu itu untuk dibawa pulang ke rumah. Dalam keadaan yang tidak di sangka-sangka rupa-rupanya salah seekor lembu yang dia taik adalah kepunyaan orang lain iaitu Pak cik Wa. Yang peliknya, pada waktu dia menarik lembu-lembu itu pulang, Pak Cik Wa juga melihatnya kerana pada waktu itu Pak Cik Wa sedang memberi memberi rumput yang di cerut pada lembu di atas padang namun dia tidak berkata apa-apa kepada dia yang telah menarik lembunya pulang ke rumah.

Sesampai di rumah, dia mahu membawa lembu ke dalam kandang. Tiba-tiba ayahanda turun dan cuba membantu dia. Bagaimanapun, ayahanda amat marah sekali apabila melihat salah seekor lembu itu milik orang lain. Bermakna dia salah ambil lembu orang lain. Dek kerana keletihan pada bulan puasa, ayahanda amat marah…mukanya menjadi semerah biji saga dengan matanya yang luas turut menjadi merah….bagai api yang menyala-nyala keluar dari wajahnya…dia jadi takut…lalu dia berlari-lari ke meniti batas-batas sekali lagi untuk ke padang mencari lembu yang betul…lembu Pak Cik Wa tadi di tinggalkan sahaja di rumah.

Setibanya dia di padang, dia melihat ayahandanya sudah ada di padang itu sambil menarik lembu yang betul. Lembu tadi sudah di hantar kepada tuannya. Dia berasa menyesal keran membuat silap…betapa ayahanda marah “buke sari duo ku suruh jago lembu tp lama dh bertahun-tahun, takkan la hok tu pun tokleh harap sampai buleh tukar lagi lembu kita ngan lembu oghe lain”??? ni bukan meringankan beban orang tu tapi menambahkan lagi beban orang tua. Lalu dia berasa sedih dan juga marah pada diri sendiri yang cuai…dia tak jadi masak…alih-alih adiknya yang membakar daging…dia pua berdiam diri sambil membuat kerja-kerja di dapur. Tiba waktu berbuka puasa dia tidak lagi ada feel nak makan…dia sedih…kerana dimarahi…dia rasa dia anak yang tidak berguna….tapi bila di ingat kembali macam mana la dia boleh ambil lembu orang lain dan menarik lembu itu di depan mata tuannya dan tuannya pun tidak berkata apa-apa. Sampai sekarang kisah itu segar dalam ingatan…dan bila bersama-sama adik-beradik berkumpul, topic ini akan jadi bahan cerita untuk menghiburkan kami.

13 September 2009

Khas Buatmu Sahabat (Edisi Terhad)




Duhai insan



Duhai apakah gerangan budi balasan, bagi insan melahirkan membesarkan, bercucuran air mata bila mengenangkan,betapakah besar budi ibunda berikan, siang malam menderukan hingga entah bila, sungguh besar pengorbanan ibunda berikan. duhai apakah gerangan budi balasan, bagi insan melahirkan membesarkan, tiada bahgia jika tiada doa puja restu, syurga itu ditelapak kaki ibu.

11 September 2009

TENTANG JIWA YANG KOTOR (Introduction)-1

ASSALAMUALAIKUM W.T.B



Kali ni sy nk share ngan semua yang rajin melewati this blog tentang apa yang saya baca daam buku "111 WASIAT RASULULLAH S.A.W untuk WANITA SOLEHAH. Ia sesuai untu di baca terutama oleh kaum hawa bagaimanapun kaum adam juga digalakkan untuk membaca sebagai menambahkan ilmu pengetahuan. Buku ini di tulis oleh Drs. Kasmuri Selamat... dan dalam ni saya akan tulis apa yang di tulis oleh beliau.


Buku ni saya beli semasa musim konvo di USM awal bulan 8 2009 di kenali sebagai "TAPAK CONVEX". Banyak benda dijual tp dalam banyak-banyak tu saya tertarik dengan beberapa buah buku termsuklah buku ini...banyak buku2 lain jg yang menarik...dan boleh dikatakan semuanya bagus2 cuma xboleh la nk borong semua buku tu....kena beransur2...ada rezeki lebih nanti saya boleh beli lg.



Baiklah berbalik kepada tajuk tadi "TENTANG JIWA YANG KOTOR" antara salah satu wasiat yang ditulis dalam buku ini iaitu:


TENTANG JIWA YANG KOTOR (Pembuka bicara)


Di dalam kehidupan ni kita thu ada 2 jns penyakit yg telah mengganggu manusia. Pertama penyakit yang mengenai anggota badan @ jasmani seperti DEMAM, BATUK, SAKIT PERUT dan sebagainya. manakala yang ke-2 pula ialah penyakit yang bersumberkan dari ROHANI @ BERSIFAT KEJIWAAN.


Penyakit yg ke-2 itu ialah penyakit ROHANIAH, ubatnya hanya satu sahaja iaitu dengan jalan mensucikan jiwa dari penyakit tersebut, dengan mengamalkan dan menghayati Pertunjuk-petunjuk yg diberikan oleh AGAMA, baik ALLAH S.W.T dan juga RASUL-NYA.



Sebenarnya penyakit yang ke-2 ini lebih berbahaya dari penyakit yang pertama. Hal ini kerana penyakit ROHANIAH itu tidak dapat di segera diubati, maka akhirnya tidak ubah seperti "API DI DALAM SEKAM" yang lama-kelamaan akan menimbulkan kebakaran yang sangat besar. Dan akhirnya penyakit ini akan menghambat orang dalam hubungannya dengan Tuhannya.



Penyakit ROHANI pelbagai. Dalam satu HADIS di jelaskan oleh Rasulullah S.a.w sebagai berikut:


"Sesungguhnya umatku akan ditimpa oleh suatu penyakit umat. Para sahabat bertanya: "apakah penyakIt umat itu?. Nabi menjawab: "1-KUFUR NIKMAT ,2-SOMBONG, 3-TAMAK, 4-BERLUMBA-LUMBA, 5-BENCI- MEMBENCI, 6-DENGKI-MENDENGKI SEHINGGA MELAMPAUI BATAS (BerLaku Kejam) dan kemudian BUNUH MEMBUNUH".
(hr. Ibnu Abid Dunya).



Rasulullah S.a.w menyebutkan penyakit itu dengan sebutan PENYAKIT UMAT sebab sifatnya umum, berlaku kepada kaum PEREMPUAN dan kaum LELAKI. Cuma penyakit itu ada yang masih RINGAN dan ada pula yang sudah BERAT.









Apa yang di sibukkan dalam minggu ni???




Sedang mewarna untuk Modul Membaca


Salam...hmmm ni saje nk tunjuk ckit apa yg kami wat dlm minggu ni...nk ajar murid-murid membaca...kami kena buat lukisan yang asal....so nak tak nak kami kena melukis dan mewarna, bina cerita berdasarkan KVKV daring aras paling senang hingga ke aras paling susah. Dalam menghasilkan Modul ni kami kena pilih 2 peringkat daripada 4 peringkat... nampak mcm senang dan mudah tp susah dan mengambil masa lama...kena mengadap PC pun lama sampai jd macam ikan lolong mata masing-masing.








Walaupun xlah secantik sperti hasil dari kawan2 sekelas tp kami puas hati dan ini la yg terbaik yang dapat kami paparkan. di sini kami telah memilih 2 tajuk iaitu itik dengan kura-kura dan si Kulup yang degil...

Hari ni presantation pasal RPH dan sekaligus tugasan itu pun dh siap sepenuhnya... lega...alhamdulillah...syukur pada Allah swt.


Nampaknya itu dulu yg dapat ditulis hari ini..mata dh mengantuk...

Wassalam.

Assalamualaikum.

10 September 2009

APA ITU PINTAR CERDAS??? -GIFTED AND TALENTED

ASSALAMUALAIKUM...

APA ITU PINTAR CERDAS???

SAMBIL2 PRINT ASSIGNMENT.SY NK KONGSI SDIKIT TNG APA YG SY BELAJAR KAT CNI...so kalau ada yg rasa mcm nak tambh pengthuan tu buleh la baca cni...kita sama2 belajar...Dalam mencari tokoh pintar cerdas niey...saya telah memilih Allahyarham Tan Sri P.Ramlee kerana saya excited hendak tahu latar belakang beliau....Acctually memang sy minat lakonan dan semua perkara tentang beliau...tp sekarang xsangka dpt peluang untuk kaji tokoh ni...(kajian khusus la ni)...so saya tanpa teragak2 terus pilih beliau....time Lecturer bg tugas ni pun sy dh berebut dgn coursemate ni...dia nak ambik P.Ramlee jg...so sy ckp sy nak dulu....jd dia pilih tokoh lain...

Baiklah di bawah ini saya cerita serba sedikit About GIFTED AND TELENTED -TOKOH THAT IM CHOOSE: TAN SRI P.RAMLEE...

Secara umumnya pintar cerdas merupakan salah satu masalah yang memerlukan pengajaran dan pembelajaran yang khusus. Hal ini demikian kerana pintar-cerdas termasuk dalam jenis mereka yang berkeperluan khas. Oleh itu, suasana pembelajaran yang lebih khusus perlu disediakan kepada individu ini sejak dari peringkat kanak-kanak untuk menempatkan mereka di institusi yang betul, Seterusnya menggalakkan pencapaian yang tinggi.

Mengikut Ahli biologi, pintar cerdas dikatakan sebagai kebolehan luar biasa yang di miliki oleh seseorang individu untuk melakukan adaptasi dan manipulasi terhadap keadaan dan perubahan persekitaran.
Standford Binet (1916) pula menyatakan pintar cerdas merujuk kepada keupayaan seseorang memahami, membuat pertimbangan, dan penaakulan dengan baik.
Manakala Lewis Terman (1916) pula menyatakan pintar cerdas sebagai individu yang berkebolehan berfikir secara abstrak.

Selain itu, Marland (1972) mengatakan kanak-kanak yang dikenalpasti oleh pihak yang berkelayakan profesional sebagai individu yang memiliki kebolehan tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan.
Namun demikian, berbeza pula dengan Pendidikan Perkembangan Kurikulum Malaysia, yang mana ia mendefinisikan pintar cerdas sebagai kanak-kanak yang maju dalam pembelajaran dan terima pelajaran lebih awal dan cepat daripada kanak-kanak normal. Mereka dapat membuat kerja sekolah dengan cepat, sempurna serta mempunyai bakat menyeluruh dalam bidang tertentu.

Berdasarkan pendapat-pendapat tersebut, pintar cerdas merangkumi satu kombinasi umum yang istimewa dan tinggi, (superior general abilities) aptitud atau berbakat, pencapaian kreatif pada tahap yang tinggi dan bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya.

Salah satu jenis kepintaran telah dipilih untuk membuat satu laporan tentang biografi seorang individu pintar cerdas. Jenis kepintaran yang dipilih ialah dari aspek muzikal dan individu yang mempunyai kepintaran dalam aspek muzikal ini yang dipilih ialah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Beliau merupakan seorang tokoh yang diberi gelaran sebagai seniman agung. Tan seri P. Ramlee merupakan seorang yang bijak dan pandai bermain muzik dan ini merupakan kepintaran yang dimiliki beliau yang dianugerahkan oleh Allah swt. Malahan beliau dikatakan seorang yang memiliki bakat besar yang dikenali sebagai ‘multi – talented’.

Selain daripada beliau, terdapat ramai individu lain yang mempunyai kebolehan bermain alat-alat muzik, namun demikian ia tidak dapat menandingi kebolehan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Hal ini terbukti melalui sejarah yang diketahui tentang beliau yang mana beliau bukan sahaja dapat bermain alat-alat muzik. Tetapi juga beliau dapat bermain alat-alat muziz secara spontan, menyanyi sambil bermain alat muzik, dapat mencipta lirik, lagu, berlakon dan juga mengarah filem.

Dengan bakat dan kepintaran yang dimiliki, menyebabkan beliau dikenali di Tanah Melayu (Malaysia), Singapura, Brunei, dan sebagainya sehinggalah ke hari ini walaupun beliau telah meninggal dunia. Malahan juga beliau pernah ke tanah arab iaitu Mesir semata-mata untuk menimba ilmu dalam bidang muzik dan lakonan. Beliau sebenarnya amat pintar bermain gitar, piano, seksafon, dan alat-alat muzik tradisional. Pelbagai muzik dan lagu yang dicipta dan dimainkan oleh beliau sendiri di dalam setiap filem yang beliau terbitkan. Dan sehingga ke hari ini, tidak ada sesiapa pun yang mempunyai bakat kepintaran muzik yang setanding beliau. Biarpun terdapat segelintir individu yang cuba untuk menjadi seperti beliau, namun ia masih tidak sama dengan perwatakan dan kepintaran yang dimiliki beliau.

BIOGRAFI RINGKAS INDIVIDU YANG DIPILIH

Tan Sri P. Ramlee
Nama sebenar : Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh @ Ramli Puteh
Gelaran : P Ramlee (selepas 1947)
Kewarganegaraan : warganegara Malaysia
Tempat Lahir : Di lahirkan di rumah neneknya iaitu di alamat,
Di 40A, Dewan Kaunter, Pulau Pinang, Tanah Melayu
( Dinamakan Semula Jalan P Ramlee Sedang 30 Aug 1983)
Tarikh lahir : 22 Mac 1929 (Rabu), semasa hari Raya Aidilfitri.
Nama Bapa : Teuku Nyak Puteh Teuku Karim (1902 - 1955)
Nama Ibu : Che Mah Hussein (1904 - 1967)
Saudara rapat : Syeikh Ali Mohamad (Abang tiri Ibuibunya iaitu Che Mah Hussein)

Nama Isteri :
1. Junaidah Daeng Harris (Berkahwin pada tahun 1950. Bercerai pada tahun 1954)
2. Noorizan Mohd Noor (Berkahwin pada 6 Feb 1955. Bercerai pada tahun 1961)
3. Salmah Ismail atau nama gelaran Saloma (Berkahwin pada 21 Nov 1961)

Nama anak :
1. Mohamad Nasir (Dilahirkan pada tahun 1953, anak pertama hasil perkahwinannya dengan Junaidah)
2. Arfan ( Dilahirkan pada tahun 1954, anak kedua hasil perkahwinannya dengan Junaidah)
3. Sazali ( Dilahirkan 1958.)
4. Armali ( Dilahirkan pada tahun 1953. Anak tiri iaitu anak Saloma (isteri kedua) dengan bekas suami iaitu A.R Tompel.)
5. Safarina @ Dian P. Ramlee (Anak angkat. Keturunan Cina)
6. Zakiah @ Zazaloma (Anak angkat. Dilahirkan pada tahun 1963)
7. Sabaruddin @ Badin (Anak angkat. Dilahirkan pada tahun 1966)

Mendapat Pendidikan di:
a. Kampung Melayu Jawa Sekolah
b. Francis Light Sekolah Inggeris (1939 - 1941)
c. Sekolah Tentera Laut Jepun 'Kaigun Gakko' (Perang Dunia Kedua)
d. Penang Free School (1945 - 1947)

Profesion:
• Pelakon, Penyanyi, Pelawak, Pencipta Lagu, Screenwriter Dan Pengarah Filem
Pencapaian (Credit):
1. Lagu:
• 360 buah lagu: sebagai penyanyi, pencipta lagu, penggubah dan / atau pemuzik.

2. Filem:
• 66 buah filem: sebagai pelakon, screenwriter dan/ atau pengarah filem.
3. Drama yang pernah dihasilkan ( stageplays) :
a. 'Jiwa Putera Melayu' (1956) sebagai pengarah.
b. 'Sultan Mahmood Mangkat Di Julang' (1959) sebagai penulis / pengarah.
c. 'Damaq' (1962) sebagai pengarah.
d. 'Sam Pek Ang Tai' (1972) sebagai pelakon / pengarah.

2 buah drama-drama radio:
a. 'Jiwa Putera Melayu' (1955) sebagai pengeluar.
b. 'Kachep Mas' (1961) sebagai penulis / pengarah.

2 drama televisyen:
a. 'Intan' (1970) sebagai pelakon, penulis lagu dan penyanyi.
b. 'Rantau Selamat' (1972) sebagai pelakon, penulis lagu dan penyanyi.
Sorotan Kejayaan (Career Highlights):
a. Telah mengembara ke Singapura pada hari raya aidilFitri semata-mata untuk menguji bakat untuk Melayu Film Productions di Jalan Ampas (8 Aug 1948).
b. Berpindah ke Kuala Lumpur untuk menyertai Merdeka Film Productions Ulu Kelang
c. pada (16 Apr 1964).


Anugerah dan Penghargaan:
• Pelbagai anugerah sepanjang kerjaya.
• Membolot trofi Penggubah Lagu Terbaik dalam Festival Filem Asia di Hong Kong 1956.
• Aktor Terbaik Asia melalui filem Anakku Sazali 1957.
• Kemuncak kemasyhuran - ketika meraih gelaran "The Most Versatile Talent" dalam Festival Filem Asia Pasifik di Tokyo pada 1963.
• Filem arahannya Pendekar Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang dan Madu Tiga dicanangkan sebagai Filem Komedi Terbaik Asia, masing-masing pada tahun 1959, 1960 dan 1964.
• Anugerah Ahli Mangku Negara (AMN) oleh Yang Dipertuan Agong Ketiga, Tuanku Syed Putra Alhaj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada tahun 1962.
• Terima darjat Panglima Setia Mahkota (PSM) sehingga membawa gelaran Tan Sri oleh YDPA (Yang Dipertuan Agong) ke-9 Kesembilan,
• Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussof Izzudin Shah Ghafarullahulah 1990.
• Arkib Negara menjadikan kediaman terakhirnya di Jalan Dedap, Setapak, Kuala Lumpur di ubahsuai menjadi Pustaka Peringatan P Ramlee pada tahun 1984.

Terlibat dalam Kumpulan Muzik:
• 'Orkes Mutiara' Di Pulau Pinang, Tanah Melayu (1946)
• 'Pancharagam Rangkaian Melati' Di Pulau Pinang, Tanah Melayu (1946)
• 'Indonesia Pemuda Keronchong Berparti' Di Pulau Pinang, Tanah Melayu (1946)
• 'Sinaran Penyakit Bintang' Di Pulau Pinang, Tanah Melayu (1946)
• 'Nada Minggu' Di Pulau Pinang, Tanah Melayu
• 'Menobatkan Amatur Parti' Di Pulau Pinang, Tanah Melayu (1947)
• 'Teruna Sekampong' Di Pulau Pinang, Tanah Melayu (1947)
• 'Pancharagam Mustika' Di Pulau Pinang, Tanah Melayu (1948)
• 'Kembang Murni Keronchong Berparti' Di Singapura (1949)
• 'Melayu Orkes Pengeluaran Filem' Di Singapura
• 'Pancha Sitara' Di Singapura (1960)
• 'P Ramlee Keronchong Orkes' Di Singapura (Okt 1960)
• 'Pancha Sitara II' Di Singapura (Dec 1960)
• 'Veteran' Di Singapura
• 'Ben Puteh 5 Orkestra Merdu' Di Kuala Lumpur (1970 - 73)

Filem penyertaan:
• Perayaan-perayaan Filem Asia (Hong Kong, Jakarta, Kuala Lumpur, Abaka, Seoul, Singapura, Taipei dan Tokyo) dan Perayaan-perayaan Filem Antarabangsa (Paris dan Berlin).

Meninggal dunia:
• Beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.30 pagi pada 29 May 1973 bersamaan hari Selasa pada usia 44 tahun. Beliau disahkan menninggal disebabkan serangan jantung dan jenazah allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan islam di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

ULASAN PENGARUH PERSEKITARAN DAN GENETIK DALAM MEMBANTU INDIVIDU TERSEBUT MENCAPAI BAKATNYA.


Gelaran Seniman Agung kepada P.Ramlee lahir dan tercetus daripada masyarakat massa iaitu daripada rakyat jelata sendiri. Gelaran itu merupakan satu anugerah atau pengiktirafan secara rasmi dari negara seperti Bintang Kebesaran Ahli Mangku Negara (AMN) atau Anugerah Tan Sri yang telah dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung pada tahun 1990 kepadanya melalui anak beliau Nasir P.Ramlee, setelah 17 tahun bersemadi di alam baqa. Kesenimanan P.Ramlee perlu dilihat dari pelbagai sudut kerana beliau terbabit dalam beberapa cabang seni terutama muzik. Maka ketokohan beliau mesti dinilai dalam aspek yang luas.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi tentang Allahyarham Tan Sri P. Ramlee semasa hidupnya, beliau merupakan seorang yang berbakat besar dalam bidang muzik terutamanya dan hal ini terbukti melalui lagu-lagu, muzik, dan hasil-hasil karya yang pernah dihasilkan oleh beliau yang mana sehingga kini masih lagi kekal dan disiarkan. Malahan hasil-hasil karya beliau turut dijadikan sebagai khazanah Negara dan banyak disimpan di Muzium Negara sebagai pameran pada terutamanya untuk generasi yang akan datang.

Sebenarnya, bakat yang dimiliki beliau ini mungkin dipengaruhi daripada persekitaran dan genetik daripada kedua ibu bapanya sehingga dapat membantu beliau aktif serta berjaya dalam bidang yang diminati iaitu muzik terutamanya termasuk bidang-bidang lain.

Namun demikian, berdasarkan maklumat yang diperolehi, kepintaran beliau dalam bidang muzik ini sebenarnya banyak dipengaruhi daripada persekitaran. Hal ini demikian kerana beliau banyak merantau ke seluruh negara terutama ke Negara-negara Arab untuk menimba ilmu tentang sesuatu bidang yang diminati. Selain daripada itu, beliau juga banyak belajar untuk menjadi seorang pemuzik dan pengarah daripada cerita-cerita dari Mesir yang mengandungi unsur pengajaran dan teladan serta nilai-nilai murni yang mampu memberi kesan yang mendalam kepada penonton yang melihat karyanya. Begitu juga dengan lagu-lagu yang beliau hasilkan kebanyakannya mengandungi unsur sindiran secara halus untuk memberi nasihat dan kesedaian pada sesetengah pihak. Begitu juga dengan unsur-unsur humor (lucu/ lawak) yang dihasilkan oleh beliau secara spontan.
Selain daripada itu, terdapat juga pengaruh-pengaruh persekitaran yang lain yang turut mempengaruhi Tan Sri P. Ramlee dalam mencapai bakatnya. Seperti yang diketahui melalui pelbagai sumber, sejak daripada kecil beliau sudah terdedah dengan muzik seperti mana yang diketahui suaranya yang merdu memukau penduduk kampong untuk menyuruhnya melaungkan azan di masjid, sekaligus faktor ini mempengaruhi dia untuk mengembangkan bakatnya.

Seterusnya ia dipengaruhi oleh penjajahan pada zaman itu yang mana Jepun menjajah Tanah Melayu menyebabkan beliau terpaksa berhenti sekolah, kemudian belajar di sekolah Jepun yang mana dia disuruh untuk menyanyikan lagu Kebangsaan Jepun ‘Kaigun’. Di sekolah tersebut juga beliau turut diajar untuk bermain alat-alat muzik.

Keadaan hidupnya yang dibelengu kemiskinan turut mempengaruhinya untuk mencapai bakatnya yang mana beliau menyanyi bersama kawan-kawan sekampung dengan menubuhkan kumpulan muzik sendiri, menyanyi dan bermain alat-alat muzik untuk majlis perkahwinan, pertandingan di pesta dan sebagainya. Sehinggalah bakat beliau diketahui oleh seorang pengarah filem terkenal daripada Singapura iaitu Bs. Rahjan (Studio Jalan Ampas, Malay Film) semasa beliau menyanyi di Pertandingan Pesta dan akhirnya membawa beliau berhijrah ke Singapura untuk mencapai bakatnya. Oleh hal yang demikian, ini terbukti bahawa kepintaran yang dimiliki beliau banyak bergantung kepada pengaruh persekitaran berbanding genetik.

Namun begitu, pengaruh genetik juga sebenarnya mempengaruhi beliau dalam mencapai bakatnya melalui bidang yang diceburi. Tan Sri P. Ramlee sebenrnya turut dipengaruhi oleh genetik atau baka daripada ibu dan bapanya yang mana dikatakan bapanya turut mempunyai suara yang lunak dan merdu. Bapanya ada bakat dalam nyanyian, dan pernah menyertai kumpulan tarian semasa berumur 12 tahun. Bapanya dari keturunan bangsawan Acheh tetapi kerana konflik dengan keluarga di sana, ayahnya berhijrah ke Tanah Melayu iaitu Malaysia dan berkahwin dengan ibunya yang berasal dari Pulau Pinang.

Kesimpulannya, secara keseluruhannya bakat Tan. Sri P. Ramlee dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan juga genetik dalam mencapai bakatnya. Oleh itu, terbuktilah bahawa beliau merupakan seorang yang tergolong dalam golongan pintar cerdas tetapi pintar cerdas dalam kepintaran muzikal. Bagaimanapun jenis kepintaran yang dimiliki oleh beliau disamakan dengan teori kepintaran oleh Triarchic Robert Sternberg yang mana beliau mengatakan kepintaran merupakan kebolehan untuk belajar menyesuaikan diri dalam persekitaran dan situasi baru (perubahan tingkah laku yang dapat dilihat), dan menggunakan pengalaman untuk memperbaiki keadaan diri. Kini keadaan ini dialami oleh Tan Sri P. Ramlee dalam mencapai bakatnya dalam bidang muzik terutamanya sehingga mencapai kejayaan dan menempatkan namanya dalam kalangan orang-orang yang berbakat dan pintar. Walaupun bakatnya lebih banyak dipengaruhi faktor persekitaran, namun jika bukan kerana bakat semulajadi dan minatnya dalam bidang muzik, beliau tidak mungkin akan berjaya. Oleh itu kedua-dua faktor ini sebenarnya memainkan peranan utama dan amat penting dalam memastikan kejayaannya.

(P/S: Artikel ini....diolah oleh sy berdasarkan maklumat2 yg diperolehi melalui Rujukan dan laman web : )

RUJUKAN:

Mohd. Hussain bin Ibrahim, (1995). Pendidikan pintar cerdas Teori dan Pendekatan, Pustaka Aman Press Sdn. Bhd, Kota Bharu, Kelantan.

http://members.tripod.com/p.ramlee_project2/sejarah%20hidup.htm

http://www.p-ramlee.com/p-ramlee/memorial.htm
http://www.pnm.my/yangpertama/Seni_Seniman.htm
http://www.p-ramlee.com/p-ramlee/memorial.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/P._Ramlee
http://garamgula.blogspot.com/2006_03_01_archive.html
http://www.angelfire.com/film2/pramlee/Data/sejarah2.html
http://www.eloka.com/main/preview/PRamleeExcerpt.htm
http://pramlee.freetzi.com/
http://ppdhl.net/v2/index.php?option=com_fireboard&Itemid=278&func=view&catid=15&id=216
http://www.p-ramlee.com/p-ramlee/bio.htm
http://www.geocities.com/alisobree/PRamlee_biodata.html


(Hak Cipta Terpelihara)

Edited by: Nursyawal@usm

9 September 2009

Hmmm selesai jg akhirnya 1 bab


Assalamualaikum...wW.T.B

Hmmm ni sementara rehat nk menulis kat cni sikit...dah 3,4 hari bertungkus lumus menyiapkan modul...akhirnya hasih dah makin kelihatan....satu tugasan dah siap..cuma tinggal kena buat modul je...siap masuk pic semua boleh la buat rakaman pula....dan selepas itu boleh la burn untuk di hantar.... so lega ckit la untuk balik raya nanti...kalau tidak tentu sahaja bahu ku rasa terbeban dek kerana kerja yang masih tertangguh tp nk berseronok2 beraya..ye la lepas raya dh nak exam....study xlagi...nanti xthu yang mana satu nak fokus....

So lega ckit...ni nk sambung kerja lg...so dlm 3,4 hari ni stay up la ...xper dapat sahur sekali, then beribadah jg.....tp kalau penat sg dan rasa preasure...sempat lg chat kat AK untuk release tention...muka pun dah macam tak terurus...emmm sabarlah wahai muka...bila kerja dh siap sepenuhnya nanti aku akan manjakan kau wahai mukaku....walaupun xlah secantik mana tp aku syukur la...hehehe kena puji diri sendiri nih...

Lepas dh selesai semua kerja nanti banyak planning ni...b4 balik rumah utk buat persiapan raya nanti ct..nak balik dulu rumah mak abah angkat kat cni..rindu jg lama xmenjenguk mereka dan jg adik2 yg makin nakal...huhuhu...

Baiklahlah nk beransur dulu...sekian terima kasih...
Wassalam..

Assalamualaikum...

7 September 2009

Lukisan Yang Unik

Im Sick

ASSALAMUALAIKUM WTB...
Bertemu lagi saya di sini....dh lama xupdate blog ni....maklum la agak busy dekat2 nk raya ni kerja byk nk kena submit...tp sambil2 tu sempat lg bersembang...Semalam xtido...lepas subuh baru tido...so kepala dh mula pening.dan terkena flu dh...jd rasa letih je badan...so hari ni saya banyak menghabiskan masa dalam bilik je....dengan laptop tersayang....then dalam kol 6 ptg nanti nk kuar p bazaar kejap untuk beli makanan untuk sahur...bazaar pun xjauh...berjalan kaki pun sampai.dekat khaleel belakang usm itu je...saya akan pergi dengan kawan2 baik saya iaitu nor dan ila...

Emm badan dah agak mengeletar dah ni...mungkin sbb im fever...rasa mcm nk duk dalam kolam air je....kepala berat semacam...time2 mcm ni plak nk sakit..tp xper kuatkan semangat.....sy boleh chaiyok3....

k nk siap2 dlu nk p bazaar jap k... hingga berjumpa lg...

Wassalam...

Kisah Teladan - Kisah Qarun Yang Binasa Dengan Hartanya

Qarun adalah kaum Nabi Musa, berkebangsaan Israel, dan bukan berasal dari suku Qibthi (Gypsy, bangsa Mesir). Allah mengutus Musa kepadanya seperti diutusnya Musa kepada Fir'aun dan Haman. Allah telah mengurniai Qarun harta yang sangat banyak dan perbendaharaan yang melimpah ruah yang banyak memenuhi peti simpanan. Perbendaharaan harta dan peti-peti ini sangat berat untuk diangkat kerana beratnya isi kekayaan Qarun. Walaupun diangkat oleh beberapa orang lelaki kuat dan kekar pun, mereka masih kewalahan.

Qarun mempergunakan harta ini dalam kesesatan, kezaliman dan permusuhan serta membuatnya sombong. Hal ini merupakan musibah dan bencana bagi kaum kafir dan lemah di kalangan Bani Israil. Dalam memandang Qarun dan harta kekayaannya, Bani Israil terbahagi atas dua kelompok. Kelompok pertama adalah kelompok orang yang beriman kepada Allah dan lebih mengutamakan apa yang ada di sisi-Nya. Kerana itu mereka tidak terpedaya oleh harta Qarun dan tidak berangan-angan ingin memilikinya. Bahkan mereka memprotes kesombongan, kesesatan dan kerusakannya serta berharap agar ia menafkahkan hartanya di jalan Allah dan memberikan kontribusi kepada hamba-hamba Allah yang lain. Adapun kelompok kedua adalah yang terpukau dan tertipu oleh harta Qarun kerana mereka telah kehilangan tolok ukur nilai, landasan dan asas yang dapat digunakan untuk menilai Qarun dan hartanya. Mereka menganggap bahawa kekayaan Qarun merupakan bukti keridhaan dan kecintaan Allah kepadanya. Maka mereka berangan-angan ingin bernasib seperti itu.

Qarun mabuk dan terlena oleh melimpahnya harta dan kekayaan. Semua itu membuatnya buta dari kebenaran dan tuli dari nasihat-nasihat orang mukmin. Ketika mereka meminta Qarun untuk bersyukur kepada Allah atas segala nikmat harta kekayaan dan memintanya untuk memanfaatkan hartanya dalam hal yang bermanfaat, kabaikan dan hal yang halal kerana semua itu adalah harta Allah, ia justru menolak seraya mengatakan "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu kerana ilmu yang ada padaku"

Suatu hari, keluarlah ia kepada kaumnya dengan kemegahan dan rasa bangga, sombong dan congkaknya. Maka hancurlah hati orang fakir dan silaulah penglihatan mereka seraya berkata, "Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa diberikan kepada Qarun; sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar." Akan tetapi orang-orang mukmin yang dianugerahi ilmu menasihati orang-orang yang tertipu seraya berkata, "Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh…."

Berlakulah sunnatullah atasnya dan murka Allah menimpanya. Hartanya menyebabkan Allah murka, menyebabkan dia hancur, dan datangnya siksa Allah. Maka Allah membenamkan harta dan rumahnya kedalam bumi, kemudian terbelah dan mengangalah bumi, maka tenggelamlah ia beserta harta yang dimilikinya dengan disaksikan oleh orang-orang Bani Israil. Tidak seorangpun yang dapat menolong dan menahannya dari bencana itu, tidak bermanfaat harta kekayaan dan perbendaharannya.

Tatkala Bani Israil melihat bencana yang menimpa Qarun dan hartanya, bertambahlah keimanan orang-orang yang beriman dan sabar. Adapun mereka yang telah tertipu dan pernah berangan-angan seperti Qarun, akhirnya mengetahui hakikat yang sebenarnya dan terbukalah tabir, lalu mereka memuji Allah kerana tidak mengalami nasib seperti Qarun. Mereka berkata, "Aduhai, benarlah Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa saja yang Dia kehendaki dari hamba-hamba-Nya dan menyempitkannya; kalau Allah tidak melimpahkan karunia-Nya atas kita benar-benar Dia telah membenamkan kita. benarlah, tidak beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah)."


Penyebutan Qarun Dalam Quran

Nama Qarun diulang sebanyak empat kali dalam Al-Quran, dua kali dalam surah al-Qashash, satu kali dalam surah al-Ankabut, dan satu kali dalam surah al-Mu'min. Penyebutan dalam surah al-Ankabut pada pembahasan singkat tentang pendustaan oleh tiga orang oknum thagut, iaitu Qarun, Fir'aun, dan Haman, lalu Allah menghancurkan mereka.

"Dan (juga) Qarun, Fir'aun dan Haman. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan (membawa bukti-bukti) keterangan-keterangan yang nyata. Akan tetapi, mereka berlaku sombong di (muka) bumi, dan tiadalah mereka orang-orang yang luput (dari kehancuran itu).

Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka diantara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu, kerikil dan diantara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan diantara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan diantara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri." (al-Ankabut: 39-40)

Penyebutan dalam surah al-Mu'min (Ghafir) pada kisah pengutusan Musa a.s. kepada tiga orang thagut yang mendustakannya. "Dan sesungguhnya telah Kami utus Musa dengan membawa ayat-ayat Kami dan keterangan yang nyata, kepada Fir'aun, Haman, dan Qarun, maka mereka berkata, Ia (Musa) adalah seorang ahli sihir yang pendusta." (al-Mu'min: 23-24)




@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@

Kisah Teladan - Kecantikan Rasulullah s.a.w. sebagai Insan Teragung

Nabi Muhammad s.a.w. meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa.

Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.

Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi Muhammad s.a.w. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini. Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.

Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda s.a.w. :

Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.

Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.

Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah s.a.w. jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.

Rasulullah s.a.w. seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah s.a.w.

Apabila Rasulullah s.a.w. berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.

Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona

Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat

Wajahnya seperti bulan purnama

Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang

Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

Mulut baginda sederhana luas dan cantik

Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya

Janggutnya penuh dan tebal menawan

Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.

Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya

Rambutnya sedikit ikal

Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi

Rambutnya terbelah di tengah

Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat

Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa

Seimbang antara kedua bahunya

Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik

Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah s.a.w.

Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.

Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan

Warna kulitnya putih tapi sehat

Kulitnya putih lagi bercahaya

Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh

Badannya tidak gemuk

Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak

Perutnya tidak buncit

Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka

Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah s.a.w.

Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda s.a.w., makhluk terpuji dan teragung di muka bumi. Kesimpulannya Nabi Muhammad s.a.w. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.


Moral & Iktibar

Nabi Muhammad s.a.w. adalah manusia terbaik pilihan Allah.
Sifatnya yang terpuji merangkumi aspek fizikal dan rohani.
Atas sifatnya yang superior inilah baginda dilantik menjadi pemimpin seluruh manusia di dunia ini.
Baginda adalah manusia mithali yang serba lengkap dan serba kamil dan layaklah baginda tidak disentuh sebarang dosa lagi bersifat dengan maksum.
Kepimpinan Baginda sepatutnya menjadi contoh teladan kepada semua manusia di muka bumi ini. Barangsiapa mentaati Allah tanpa mengakui kerasulan Nabi s.a.w., nescaya Allah tidak menerima keimanannya.




@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@

Kisah Teladan - Air Mata Taubat Nabi Adam a.s

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.

Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.

Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."




@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@

Kisah Teladan - Allah Maha Pengampun

Di zaman Nabi Musa ada seorang fasik yang suka melakukan kejahatan. Penduduk negeri tersebut tidak mampu lagi mencegah perbuatannya, lalu mereka berdoa kepada Allah. Maka Allah telah mewahyukan kepada Nabi Musa supaya mengusir pemuda itu dari negerinya agar penduduknya tidak ditimpa bencana. Lalu keluarlah pemuda tersebut dari kampunganya dan sampai disuatu kawasan yang luas, dimana tidak seekor burung atau manusia pun di situ.

Selang beberapa hari pemuda itu jatuh sakit. Merintihlah ia keseorangan, lalu berkata: "Wahai Tuhanku, kalaulah ibuku, ayahku dan isteriku berada di sisiku sudah tentu mereka akan menangis melihat waktu akan memisahkan aku dengan mereka (mati). Andaikata anak-anakku ada di sisi pasti mereka berkata: "Ya Allah, ampunilah ayah kami yang telah banyak melakukan kejahatan sehingga ia diusir dari kampungnya ke tanah lapang yang tidak berpenghuni dan keluar dari dunia menuju akhirat dalam keadaan putus asa dari segala sesuatu kecuali rahmat-Mu ya Allah."

Akhir sekali pemuda itu berkata: Ya Allah, janganlah Kau putuskan aku dari rahmat-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa terhadap sesuatu." Seterlah berkata maka matilah pemuda itu.

Kemudian Allah mewahyukan kepada Nabi Musa, firmannya: "Pergilah kamu ke tanah lapang di sana ada seorang wali-Ku telah meninggal. Mandikan, kapankan dan sembahyangkanlah dia." Setiba di sana Nabi Musa mendapati yang mati itu adalah pemuda yang diusirnya dahulu. Lalu Nabi Musa berkata: "Ya Allah, bukankah dia ini pemuda fasik yang Engkau suruh aku usir dahulu." Allah berfirman: "Benar. Aku kasihan kepadanya disebabkan rintihan sakitnya dan berjauhan dari kaum keluarganya. Apabila seseorang yang tidak mempunyai saudara mati, maka semua penghuni langit dan bumi akan sama menangis kerana kasihan kepadanya. Oleh kerana itu bagaimana Aku tidak mengasihaninya sedangkan Aku adalah zat Yang Maha Penyayang di antara penyayang."




@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@