BIO SELEZA FEMININE PAD ORIGINAL

28 Julai 2011

Air mata Seorang Rasul SAW

Hidup tidak akan selamanya...

 
AIR MATA SEORANG RASUL SAW
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.
 Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam", kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?". "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya.", tutur Fatimah lembut.
 Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah Malaikatul Maut", kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat Maut datang menghampiri, tetapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
 Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?", tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
 "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua Syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu. ", kata Jibril. Tetapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
 "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?", tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?", Rasulullah bertanya meminta kepastian.
 "Jangan khuatir, wahai Rasulullah. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya.", kata Jibril.
 Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
 "Jibril, betapa sakit Sakaratul Maut ini.", perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
 "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?", Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
 "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal.", kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
 "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.". Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, !
 Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" (peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu). Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - (Umatku, umatku, umatku?). Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ' ala Muhammad wa baarik wa salim ' alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Kepada sahabat-sahabat Muslim, semoga timbulnya kesedaran untuk mengingati maut dan mencintai Allah s.w.t. serta RasulNya,.....sepertimana Allah dan Rasulnya mencintai kita. (fwrd email)

18 Julai 2011

Tanda taubat diterima Allah SWT

Hidup tidak akan selamanya...

Tanda-Tanda Taubat Diterima Allah


tanda-tanda taubat diterima Allah

Seorang  ahli  hikmah  telah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak..? Maka jawabnya,ini  adalah urusan Allah,…kita tidak berupaya menentukannya,…tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:






1.  Bagi  hamba-hamba  yang  bertaubat  itu bila ia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2.  Hatinya  lebih  tenteram dan suka mendekati orang-orang yang soleh dari mendekati mereka-mereka yang fasik.

3.  Bila  ia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya  sentiasa  datang  perasaan  sedih  kerana takutkan azab Allah.

4.  Bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan  terhadap  Allah  sebaliknya  sedikitpun  ia  tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezaki yang ia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6.  Bila  ia  melihat  pada  dirinya  yang  sentiasa  menjaga  lidah dan ucapannya,  sering  bertafakur  dan  selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.
   (Copy dr : http://amirulasril.com/tanda-tanda-taubat-diterima-allah/#comment-50)

17 Julai 2011

Hukum Wanita Memakai Kasut Tumit Tinggi

Hidup tidak akan selamanya...


Perbuatan wanita yang suka memakai kasut bertumit tinggi adalah harus selagi tidak memudaratkan wanita tersebut iaitu dirinya (si pemakai). Namun begitu, jika dengan memakai kasut bertumit tinggi dan menyebabkan kesan negatif kepada kesihatannya sebagaimana yang telah dinyatakan oleh para doktor, maka haram baginya untuk memakai kasut tumit tinggi kerana memudaratkan kesihatan.

Jika tiada sebarang masalah dan tidak mendatangkan kesan kepada kesihatan, hal ini juga tiada larangan dan masalah. Namun demikian, jika pemakai kasut tumit tinggi  menarik perhatian lelaki bukan mahram akibat bunyi yang kuat semasa berjalan, maka elakkanlah daripada memakainya kerana berjaya menarik perhatian lelaki bukan mahram. Hal ini boleh menimbulkan fitnah dan juga mendekatkan kepada maksiat.

Hukum Wanita Memakai Perhiasan Emas

Hidup tidak akan selamanya...

Dalam islam, wanita dibolehkan untuk memakai perhiasan EMAS selagi tidak melanggar hukum dan syariat islam. Jauhi perhiasan yang menyerupai salib atau perhiasan orang-orang kafir. Wanita dibolehkan untuk memakai perhiasan seperti RANTAI, KALUNG yang direka dengan pelbagai bentuk seperti yang terdapat dalam pasaran kini. emas adalah HALAL bagi perhiasan wanita.

Firman Allah SWT:
Ertinya: "Patutkah (yang dikatakan anak Allah itu jenis perempuan) yang biasanya dididik dan dibesarkan dalam perhiasan, sedang ia semasa berbantah dan bertikam lidah tidak dapat memberikan alasan yang jelas?'
                                                                                                                (az-zukhruf, 43: 18)

Dalam hal ini, Allah SWT telah menjelaskan bahawa memakai perhiasan merupakan sifat para wanita. Hal ini sangat umum dan mencakupi semua jenis perhiasan.

Imam ahmad, Abu Daud dan an-Nasa'i meriwayatkan bahawa dengan hadis yang sahih daripada Ali Ibni Abi Talib r.a bahawa, Rasulullah SAW memegang sutera pada tangan kanannya dan emas pada tangan kirinya.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud : 
"Sesungguhnya dua barang ini adalah haram bagi kaum lelaki daripada umatku."

Dalam riwayat Ibnu Majah, akhir daripada hadis tersebut adalah berrmaksud: "Dan halal bagi kaum wanita daripada umatku."
                                                                     (Riwayat Imam Ahmad, an-Nasa'i, at-Tarmidzi)

Nabi SAW bersabda, yang bermaksud :
"Dihalalkan emas dan sutera bagi kaum wanita daripada umatku dan diharamkan bagi kaum lelakinya."

16 Julai 2011

weekend but not weekend

Hidup tidak akan selamanya...

Assalamualaikum WTB...hari ni 16 Julai 2011, aq br balik dr SMA Bugisiah yang menjadi tuan rumah bagi program Hari Puteri peringkat zon. Masuk minggu ni dh 4 kali hujung minggu aq masih tidak bhujung minggu kerana ada program. Namun alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Kalau minggu depan tiada aral melintang dan tiada apa2 program lain ingtkan nak pergi Sepang nak jumpa kakak dan abang juga anak sedara. Rasa rindu sebab sudah lama tidak bersua. Rasa teringin nak sembang2 panjang. 2 minggu lepas ada sukan di sekolah utk tahun 2011, hujung minggu pula Larian Perdana satu sukan satu murid/ pelajar. 

Minggu lepas  ada camping / perkhemahan utk badan beruniform kat sekolah. beberapa badan beruniform terlibat dan termasuk juga aq sbagai guru pemimpin untuk PPIM, juga btugas utk jg kebajikan makan minum anak2 pelajarku..alhamdulillah program berjalan lancar walaupun sangat sangaaattt penat...ikut rasa hati memang mati tp yang penting apabila majlis selesai dan berjaya dengan jayanya...Ya Allah syukur dan puas hati serta rasa tersangat berbaloi kepenatan. Seronok bekerja bersama Pn. Hjh. Noreha yang komited dan sangat membantu. Juga rasa dihargai oleh anak2 dan guru pemimpim PPIM apabila kejayaan mereka tidak lupa konsikan bersama. sepanjang tahun ini PPIM tersangat aktif seperti mana sebelum aq dipostingkan ke sekolah ini. Banyak kejayaan dan pingat yang telah anak2 pelajar ini perolehi. alhamdulillah. Tapi pasal camping apa yang tidak dapat ku luma...bila handphone jatuh dalam lubang tandas, ku sanggup ambil semula telefon basuh dan jemur. rosak 2,3 hari...last2 aq jemur dalam beras 2 hari alhamdulillah ada rezeki handphone itu malih boleh pakai wpun kameranya telah disable. Sedih sangat tp itu semua dah jadi terimalah segalanya. minggu ni hari puteri zon benut. Alhamdulillah juga anak-anak pelajar dr SMK Parit Betak berjaya menjulang pemenang untuk kategori yang dipertandingkan seperti Tokoh Puteri, permainan gubahan tuala, permainan sahibba dan permainan menghias kek. Tahun ini pula pengerusi zon untuk PPIM ialah Pengetua dr sekolah q iaitu Pn. Hjh. Sa'edah Bt. Sariyan..orangnya kecil molek dan cantik. baik sangat orangnya.  hari ni pergi ke sekolah bugisiah dengan cikgu Siti (dr SK Sri Setia) juga guru PPIM. Dialah yang kena tunggang motor sebab aq lesen beli jer...tp insyaAllah sblm hujung thn ni dh dpt lesen insya'Allah.  TQ very much siti...siti dah banyak tolong oghe (aq la tu) Allah Allah Allah...mata q dah rasa berat...sepertinya mahu berehat sebentar. ada banyak benda mahu aq kongsikan kat sini tentang WANITA... kenapa WANITA??? kerana AQ seorang WANITA. Wassalam...

10 Julai 2011

sOaL HaTiii

Hidup tidak akan selamanya...

Hari-hari kurasakan amat mencabar, ku cari cinta Ilahi ku temui jalan yang kucari, ku kesali kealphaan diri, tapi mengapa makin kucuba dekati, ada saja halangan terjadi, dugaan semakin menjadi-jadi seolah-olah untuk menguji kekuatan diri, kerana selama ku bergantung bukan pada diri sendiri tetapi pada keluarga disisi, kini masa untuk bersendiri, sendiri disini dibawah lembayung Ilahi tanpa keluarga disisi, kerana mereka punya agenda tersendiri bukan untuk mengamati aku sehari-hari yang kini harus berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri. andai masa diputar kembali tapi itu tidak mungkin bakal terjadi, diri ini telah rugi kerana baru mengenal diri banyak yang perlu perbaiki. atas semua yang terjadi ku anggap diriku disayangi, andai tiada kegagalan diri mustahil aku mengenal diri, mencari erti hidup ini, mengenal erti redha Ilahi, mengenal erti kesabaran pabila diuji. sesungguhnya perit hati ini dalam mencari redha Ilahi yang belum tentu aku berjaya miliki atas kemiskinan dan kecetekan ilmu ukhrawi akibat terpesong dengan sogokan duniawi...Ya Ilahi ku mohon hidayah diberi, petunjuk-Mu ku miliki untuk menuju hidup yang abadi, ku takut untuk pergi menemui Ilahi tanpa bekalan yang mencukupi sebagai hamba Ilahi yang diamanahkan menjunjung perintah sebagai hamba yang abadi pada-Mu Ilahi. bila tiba masanya nanti, dikubur jua nanti ku hanya sendiri tanpa membawa apa-apa erti andai tiada bekalan nanti. Ya Ilahi ku mohon dan niat dihati mahu mencari ketenangan yang abadi, kebahagiaan hidup haqiqi yang bukan mimpi indah yang sementara seperti diduniawi tetapi kekal bahagia menjadi muslimah sejati diakhirat nanti bersama kalangan insani yang beriman dan mendapat restu Ilahi. Ya Ilahi ku mohon Kau peliharalah hidupku sekeluarga, ampuni dosa-dosa ku, kedua ibu bapaku, sanak saudaraku, muslimin muslimat dan selawat dan salamku atas junjungan besar Rasulullah s.a.w mudahan-mudahan kami tergolong dalam golongan umat Nabi Muhammad s.a.w. Aaminn...(semoga Engkau tidak berpaling daripada hamba-Mu ini dan terus memberi hidayahmu sampai akhir nyawa...dan janganlah Engkau memesongkan hatiku setelah Engkau memberi PETUNJUK..)

 p/s: ini adalah nukilan dr insan biasa andai ada khilaf dalam berbahasa itu adalah dr diri yg berba kekurangan ini...

3 Julai 2011

BERCOUPLE @ JUAL MAHAL

Hidup tidak akan selamanya...

Jual mahal?
Setelah berusia dua puluhan dan masih tidak berpunya atau tidak pernah ber'boyfriend', maka masyarakat amnya masih mempunyai stigma bahawa tuan punya badan mungkin jual mahal.
Nasihat seperti , jangan jual mahal nanti tidak laku dan sebagainya dilontarkan.
Persoalannya, setelah beberapa perkara seperti di atas dibangkitkan, adakah benar bahawa seseorang yang tidak ber'boyfriend' itu wajar dikategorikan sebagai jual mahal atau memilih?
Atau mungkin tuan punya badan sekadar menongkah norma masyarakat kerana tidak bersetuju dengan gejala couple yang dipandang sebagai satu kemestian dan kebiasaan?
Atau mungkin tuan punya badan benar-benar memikirkan erti sebenar cinta dan berkasih sayang?
Isu yang berat untuk difikirkan bersama.
Masakan tidak, di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :
"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".
Masakan cinta dan perkahwinan perkara yang main-main sekiranya sebesar ini ganjaran yang dijanjikan Allah.
Tulisan ini sekadar perkongsian yang sudah mula saya fikirkan sejak kecil lagi. Mencari-cari apakah formulanya sedangkan Islam memang ada jawapannya.

Kenapa Aku Masih Solo? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kenapa Aku Masih Solo? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Hidup tidak akan selamanya...

Taubat | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Taubat | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Hidup tidak akan selamanya...

2 Julai 2011

Sahabat, Aku Lemah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Sahabat, Aku Lemah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Hidup tidak akan selamanya...

Lawak ker melawak ker Melarat dah awak....

Hidup tidak akan selamanya...
Assalamualaikum...
Wahai sahabat² seagama denganku…
Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....
3 Minit je, tak lama pun..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana..
adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..
amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..
tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???
Kenapa?
gelak tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali..
berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...
berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?
berapa banyak????

Wallahualam…
Sebarkanlah....

20 Jun 2011

"Give me the power to face problems."

Hidup tidak akan selamanya...

 Assalamualaikum..
  sekarang ni sambil menulis maryam duk atas belakang...mayram atau nik nur maryam solehah anak sedara yang berumur 3 tahun...sinonim dengan panggilan maiyam... nak cerita pasal dia memang tak habis cerita...itu baru sorang tak termasuk anak-anak yang lain lagi.

Yang pasti sekarang diri ini sangat2 frust...entah lah...sudah terlalu mengharap akhirnya kechewa jua...yang paling menyedihkan hal ini sudah membuatkankan ku (my ayahanda) mengalami perasaan hampa yang amat sangat. tak tau apa puncanya...dua kali mohon tp still kena reject...dh buntu...betul-betul hampa. Musnah rancangan rosak agenda.

"BIKIN ROSAK ANA PUNYA PROGRAM"

Notis dah ada...bila nak bayar??? hmmm tak tau macam mana lg nak fikir...nak nangis je rasa tp kena kuat dan fikirkan cara untuk selesaikan semua ini...

Ya Allah Dia nak duga seseorang itu bukan dengan satu perkara saja..tapi bermacam-macam cara seperti kesakitan, kesenangan, kesusahan, kelaparan, bencana alam, kematian, kemewahan, dan sebagainya..dan apa yang jadi ni aku anggap ujian dari Allah...semoga setiap apa yang berlaku sebelum ini, kini dan akan datang...sebesar mana pun cabaran dan halangan mendatang semoga Allah memberikan kekuatan pada diri ini untuk menempuhinya sampai hujung nyawa...insya'allah demi kebahagiaan kereka yang ku sayangi dan paling bermakna dalam hidupku...Aaminn.

Ada beberapa hal yang terasa nak coret-coret kat sini tapi hari sudah petang...nak keluar beli susu untuk maryam...semalam tersalah beli susu terbeli perisa coklat...dia tak nak minum...

Wassalam....


17 Mei 2011

bERITa pANAs

Hidup tidak akan selamanya...

Senarai makanan tak halal

BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup '
> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach '
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10.. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )
> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady ' s Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady ' s Choice Jelly

> SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.

Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!

AMARAN OLEH KERAJAAN M ' SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!

Ref. Message: Pringles Potato Chips

Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know........ I have checked. It ' s true that the chips contain Emulsifier.

TOP URGENT........ PLS FORWARD TO OUR MUSLIM FRIENDS.... Forward
this to your pork-free muslim friends. Beware of what you eat.

Artikel ni diambil dari email yg difowardkan oleh seorang pensyarah USIM Nilai.
 

Mimpi Bertemu Rasulullah s.a.w

Hidup tidak akan selamanya...

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha
Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan
sebuah pengalaman yg amatberharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan.

Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.." Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana .

Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi.Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja.

Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda.Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)... Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w.berkata: QalAllahuta' ala;"InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak. Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.." Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi.. Rasulullah s.a.w sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri,Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: "Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.'maka mereka mempelajari dari keduanya(malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.." Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.

Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini,beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah.. dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.." Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini.

Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian?Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..." Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah! rindu sangat2...

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..) sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W... banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam.


(copyright dr forum islam)

Lelaki VS Wanita

Hidup tidak akan selamanya...

Nak tahu di mana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”
Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Semoga Allah merahmati kita semua insya’Allah.






Di Qamar Sepi

Hidup tidak akan selamanya...

Di Kamar Sepi
Gelisah di kamar sepi
Bertemankan malam yang dingin
Terlintas diminda detik kematian
Yang entah bila kan menjelma

Sendiri di perut bumi
Bersemadi jasad yang kerdil
Saudara dan teman telah tiada lagi
Terbujur kaku berselimut putih

Wahai Tuhanku apakah nasibku
Dikubur gelap sesempit itu
Bisakah aku, memberi jawaban
Pada soalan malaikat-Mu

Dilapisan mana di nerakamu
Kau campak aku kesakitan
Betapa banyaknya dosa - dosaku
Tak bisa ku meraih syurga-Mu

Hanya amal kebajikan di dunia
Yang dapat menyelamatkanku
Oh Tuhanku...

Sendiri di perut bumi
Bersemadi jasad yang kerdil
Saudara dan teman telah tiada lagi
Terbujur kaku berselimut putih

Sendiri di perut bumi
Bersemadi jasad yang kerdil
Saudara dan teman telah tiada lagi
Terbujur kaku berselimut putih

Wahai Tuhanku apakah nasibku
Dikubur gelap sesempit itu
Bisakah aku, memberi jawaban
Pada soalan malaikat-Mu

Dilapisan mana di nerakamu
Kau campak aku kesakitan
Betapa banyaknya dosa - dosaku
Tak bisa ku meraih syurga-Mu

Hanya amal kebajikan di dunia
Yang dapat menyelamatkanku
Oh Tuhanku...
Hidup tidak akan selamanya...
Makkah (ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah; Bahasa Arab: مكة المكرمة) terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t.
Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersembahyang. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut.
Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah.
Sejarah Makkah bermula apabila Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah daripada Allah s.w.t. supaya meninggalkan anaknya Nabi Ismail a.s. dan isterinya Siti Hajar di sebuah gurun yang kering kontang. Selepas Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan isteri dan anaknya itu di sebuah gurun beliau kembali ke tempat asalnya.
Apabila air yang dibawa oleh Siti Hajar habis, Nabi Ismail a.s. yang ketika itu masih lagi seorang bayi mula menangis meminta susu. Siti Hajar yang mula gelisah mula mencari air di antara Bukit Safa daripada Jabal Qubais hinggalah ke Bukit Marwa. Dalam suasana yang kelam kabut itu Nabi Ismail a.s. yang sedang menangis menghentakkan kakinya di atas tanah. Dengan izin Allah s.w.t., maka air keluar daripada tanah yang dihentak Nabi Ismail a.s. tadi. Sebuah telaga dibina kemudian dan dikenali sebagai Telaga Zamzam. Akibat daripada peristiwa tadi maka selamatlah Siti Hajar dan anaknya.

Dengan kemunculan Telaga Zamzam itu, pedagang-pedagang dan kabilah-kabilah perdagangan mula muncul. Mereka mula tinggal di situ dan membuka penempatan baru. Dengan itu lahirlah Kota Makkah. Nabi Ibrahim a.s. melawat tempat di mana dia meninggalkan anak dan isterinya tadi. Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. kemudiannya membina Kaabah.
Al Masjid Al Haram di Makkah, tempat paling suci dalam Islam
Pada tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Makkah hendak diserang oleh tentera Abrahah yang cemburu dengan kemajuan Makkah sebagai pusat keagamaan di kawasan Semenanjung Arab. Mujur dengan kuasa Allah s.w.t., tentera Abrahah ditewaskan. Tahun kejadian itu digelar sebagai Tahun Gajah.
Makkah juga merupakan tanah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Nabi Muhammad s.a.w. hidup dalam kalangan masyarakat yang menyembah berhala tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tetap tidak lupa akan ajaran Nabi Ibrahim a.s.


Lokasi Makkah, Madinah dan bandar-bandar lain di Arab Saudi.
Satu hari sewaktu Rasulullah s.a.w. yang ketika itu berumur 40 tahun sedang berada di dalam sebuah gua yang bernama Gua Hira, baginda didatangi oleh Malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu daripada Allah s.w.t. Wahyu itu memerintahkan supaya Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh penduduk Makkah. Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan ajaran Islam kepada penduduk Makkah tetapi kebanyakkan mereka menentangnya. Rasulullah s.a.w. kemudiannya berhijrah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Ajaran Islam kemudiannya berkembang ke seluruh Semenanjung Arab. Nabi Muhammad s.a.w. kemudiannya kembali ke Makkah pada tahun 628 Masihi bersama-sama ribuan pengikut baginda. Mereka memasuki Makkah tanpa mengalirkan darah. Peristiwa itu dinamakan sebagai Pembukaan Kota Makkah. Penduduk Makkah akhirnya menganuti ajaran Islam dan ini menjadikan Makkah pusat perkembangan Islam.

Demografi

Makkah terletak pada ketinggian 277 meter (910 kaki.) daripada aras laut. Bandar raya ini terletak di antara gunung-ganang yang telah ditakrifkan pengembangan kontemporari bandar raya ini. Bandar raya ini berpusat di sekitar Masjid al-Haram (tempat paling suci). Sekitar kawasan masjid terdapatnya kawasan bandar lama. Jalan-jalan utama di situ adalah Al-Mudda'ah dan Sūq al Layl ke utara masjid dan As-Sūg as Saghīr ke selatan. Rumah-rumah berdekatan dengan kawasan masjid telah dimusnahkan dan digantikan dengan tempat-tempat terbuka dan jalan-jalan juga diluaskan. Kompleks kediaman adalah lebih padat dalam kawasan bandar lama daripada di kawasan perumahan. Rumah-rumah tradisional dibina menggunakan batu-batu tempatan dan setinggi dua hingga tiga tingkat. Bandar raya ini mempunyai beberapa kawasan sesak di mana jemaah-jemaah miskin yang tidak dapat membiayai bayaran perjalanan pulang selepas menunaikan fardhu haji menetap.




Pengangkutan

Kemudahan pengangkutan berkaitan dengan Haji atau Umrah (haji kecil) merupakan perkhidmatan utama yang boleh didapati. Makkah tidak mempunyai lapangan terbang atau perkhidmatan landasan. Jalan-jalan berturap dan lebuh raya moden di Makkah menghubungkannya dengan bandar raya lain di Arab Saudi. Kebanyakan jemaah haji mengakses bandar ini melalui terminal haji Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz atau Pelabuhan Islam Jeddah yang kedua-duanya terletak di Jeddah.

Geografi

Kota Makkah terletak 600km dari kota Madinah dan lebih 200km dari kota terminal utama ke Makkah iaitu Jeddah. kota ini terletak di kawasan lembah yang sempit serta dikelilingi oleh gunung-ganang dengan bangunan Ka'abah sebagai titik tengah kota. Suhu pada musim panas di kota ini adalah sangat panas dan mencecah sehingga 40 °C (104 °F).


 

Diari hatiQu...ampunkanku Allah, TQ Allah

Hidup tidak akan selamanya...

Assalamualaikum ...
Alhamdulillah bersyukur pada Allah swt yang masih memberi peluang kepada diri ini menghirup udara di atas muka bumi ini. terima Kasih Allah. Di sini ku kongsikan doa mensyukuri nikmat Allah dan pengakuan nikmat dari Allah,  "Ya Allah, pada pagi (petang) ini kami nikmati afiat pemberian-Mu (keselamatan dari mara bencana) dan terjaganya rahsia-rahsia (dosa-dosa) ku, maka sempurnakan nikmat-Mu, afiat-Mu dan penjagaan-Mu ke atasku, di dunia dan akhirat. Ya Allah, nikmat apa saja yang ku perolehi di waktu pagi (petang) hari seseorang di antara makhluk-Mu sebenarnya adalah dari-Mu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagi-Mu segala puji dan syukur".

SYUKUR...ya menyebut tentang syukur...benar sekali sebagai seorang manusia yang penuh dengan sifat lemah dan lupa memang selalu lupa untuk bersyukur dengan nikmat pemberian Allah swt. Begitu juga diriku ini. Kerana terlalu mengikut perasaan amarah sehinggakan kadang-kadang terlupa apa yang terjadi semuanya adalah ujian dari-Nya. "Astagfirullahalazim....al'lazilaila'haillah'huwal haiyum qayyum wa'atu'bu'ilaii ". (ertinya: saya memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, saya mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan yang hidup terus selalu jaga.)

"Ya Allah Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau ; Engkau yang menciptakan dan aku abdi-Mu, dan aku berada dalam perjanjian dengan-Mu, ikrarku kepada-Mu (yang akan ku laksanakan segera) segala kemampuanku; dan aku berlindung kepada-Mu, dari kejahatan dan apa-apa yang telah ku lakukan; aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmat-Mu kepadaku ; dan aku mengakui dosaku, dan ampunilah aku, kerana tiada yang boleh mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau."..aamiinn.

SYUKUR merupakan suatu perkataan yang amat mudah untuk diucapkan atau dilafazkan dan ia lebih mudah dari mengupas kulit kacang.tetapi sedarkan rupa-rupanya tidak ramai manusia yang mampu mengamalkannya. Ya benar sekali tidak ramai yang mensyukuri nikmat dan kurniaan Allah swt dalam kehidupan nyata. Perkara inilah yang ditunjukkan oleh Allah swt dalam firman-Nya beberapa kali.

Firman Allah : 
"Tidaklah engkau ketahui (wahai Muhammad) tentang orang-orang keluar (yang melarikan diri) dari kampung halamannya kerana takutkan mati, sedangkan mereka beribu-ribu ramainya? Maka Allah berfirman kepada mereka : "matilah kamu", kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurnia-Nya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." 
                                                                                                                             (surah al-baqarah : 243)

Syukur bermakna menampakkan iaitu pujian kepada yang berbuat baik yang memberinya kebaikan, dan syukur adalah lawan kepada kufur. Para ulama pula mendefinisikan syukur sebagai " mengerahkan segenap kemampuan untuk melakukan ketaatan serta menjauhi perbuatan maksiat, baik secara rahsia mahupun terang-terangan". Selain itu, ada juga yang berpendapat syukut adalah TAWADUK (rendah hati) dan menjaga kebaikan, mengekang hawa nafsu, mengerahkan kemampuan untuk melakukan ketaatan dan muhasabah diri kepada Allah Pencipta LANGIT dan BUMI.

Allah swt berfirman: 
"dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu : Demi sesumgguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya aku tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan semi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras". (Surah Ibrahim : 7)

Ya kita selalu lupa untuk bersyukur, bersyukur bukan sahaja pada pengucapan tetapi juga disertai dengan perbuatan. Setelah mengambil masa bertenang dan berfikir, diri ini mendapat suatu yang pasti bahawa sesungguhnya ujian dan dugaan yang Allah berikan itu "apalah sangat" dibandingkan dengan nikmat yang Dia berikan. Cuba renungkan sebagai seorang umat manusia yang Allah ciptakan dengan cukup sifat sempurna keseluruhannya. Ambillah masa dan renungkan wahai diri tadahkan dua telapak tangan dan pandanglah sepuluh jari yang ada sendi-sendi Yang di ciptakan Allah swt. Andai tiada sendi itu maka jari-jari itu kaku tidak bergerak tidak dapat membuat sesuatu perkarapun. Lihatlah antara lima jari....ibu jari memberikan fungsi paling utama, andai tiada jari ini maka usahkan untuk melakukan kerja lain bahkan untuk menyuapkan makanan pun tidak berupaya. Maka di sini nikmat apakah lagi yang diri masih mahu? dan apakah nikmat ini tidak diri ini syukuri? Ya Allah betapa diri ini alpha dan leka kerana terlalu mengikut hawa nafsu amarah diri dengan kata nista manusia semata yang tiada penghujungnya yang tidak memberikan kebahagiaan kepada diri ini yang tidak memberi kesan kepada anggota tubuhku melainkan hanya memberikan keperitan pada hati. Ku sedari kini biar terluka, terguris, tercalar, remuk hati ini akan ku cuba terus TERSENYUM kerana diriku ada KAMU...KAMU Ya ALLAH Engkaulah kekasihku, Engkaulah Tempatku mengadu, Engkaulah yang bisa menemaniku setiap masa, saat, setiap waktu..dan hanya Engkau yang mengenali diriku ini. Diri ini akan cuba sedaya upaya menjadi KHALFAH yang ENGKAU REDHAI...tp bantuan dari-Mu amatlah ku harapkan. Sebesar mana batu menghempapku akan ku cuba bertahan dan mensyukuri nikmat-Mu yang tidak ternilai ini. Ya Allah andai sebelum ini hamba ini bukan hamba yang bersyukur pada-Mu, kini hamba mahu bersyukur dan bersyukur atas nikmat yang Engkau berikan, nikmat yang Engkau kurniakan.
Engkau berikan diri ini hidup, beri cik dan ku sebagai ibu dan ayah, berikan kakak-kakak, abang-abang dan juga adik-adik lelaki dan perempuan. Kau jadikan diri ini anak tengah yang bisa merasai perasaan mempunyi kakak, abang dan adik berbanding mereka yang tidak mempunyai kakak, abang dan adik. Selepas itu Kau berikan ku peluang untuk merasai dan kenangan bersama nenek dan datuk walaupun sekejap tapi kau berikan peluang itu. Tidak cukup dengan itu Kau berikan diri ini abang-abang ipar dan kakak ipar yang baik dan menambahkan bilangan ahli keluargaku, Kau berikan diri ini anak-anak saudara yang ramai sebagai penyambung keturunan keluarga cik dan ku, Kau berikan senyuman dibibirku tika bersama-sama mereka yang berbagai kerenah...

Kau berikan ku peluang untuk merasai indahnya saat bersama insan yang bernama SAHABAT, Kau beriku peluang untuk menjadi seorang murid, pelajar, dan kini sebagai seorang guru. Kau beriku kehidupan yang sederhana sehinggakan diri ini menjadi manusia yang tidak tergila-gilakan kemewahan semata, tidak kecewa dengan kesusahan yang melanda tapi cukuplah apa adanya...Terima kasih Ya Allah kerana memberikan segala-galanya buat diriku, terima kasih kerana menjadikan diri ini manusia yang masih mengenal diri, tidak memberikan kemewahan yang mungkin bisa menghilangkan rasa syukur pada-Mu, yang mungkin akan melahirkan diri tn nor azira yang amat berbeza dengan sekarang. TERIMA KASIH ALLAH ATAS SEGALA-GALANYA. Satu pintaku dan doaku...Ya Allah sesungguhnya hanya dengan rahmat-Mu diri ini memohon keampunan, pertolongan, perbaikilah bagiku segala urusanku dunia akhirat, dan janganlah Engkau membiarkan diriku dengan hanya sekilas pandang. Janganlah Engkau berpaling daripadaku. Aamiinn...Ya Rabbal Alamin.

INGATLAH: Ku, Cik, kak na, abe yie @ ri, kak nor, abe di, dik cah, dik yah, dik ni, adik @ adik ammar, abe din, abe tah, kak da, anak-anak buah cik ya abang, kakak, abe long, wan, maiyam @ maryam, dik una @ husna, dik amil, amsyar, adk muhammad , mandear ku asnah, che su nah, pak su awie, nor, mak abah dan semua yang diri ini kenali...u always stay in my heart sampai hujung nyawa insya'Allah. Diri ini sayanggggggggggggggg, cinta, rindu pada kamu...

(*_^)

Wassalam...