BIO SELEZA FEMININE PAD ORIGINAL

29 April 2010

Pakar Astronomi mendedahkan...

LONDON: Pakar astronomi mendedahkan semalam yang sebutir bintang dijangka meletup begitu kuat hingga dapat memusnahkan bumi.
Ia akan musnah sendiri dalam letupan yang dikenali sebagai supernova dengan kekuatan yang sama dengan 20 bilion bilion bilion mega tan bahan letupan. Kajian terbaru menunjukkan bintang itu, T Pyxidis, berada lebih dekat dengan jangkaan sebelum ini, 3,260 tahun cahaya, satu lompatan pendek dalam kiraan galaksi.

Kesan letupan termonuklear itu boleh memusnahkan lapisan ozon bumi yang menjadi penghalang radiasi berbahaya. Jika keadaan itu berlaku, kehidupan di bumi akan rentung.

Senario hari kiamat itu didedahkan semalam oleh pakar astronomi dari Universiti Villanova di Philadelphia, Amerika Syarikat. Mereka berkata, satelit penjelajah ultraviolet antarabangsa menunjukkan kepada mereka bahawa T Pyxidis sebenarnya terdiri daripada dua bintang, satu digelar kenit putih yang menyedut gas dan semakin membesar. Apabila mencapai berat kritikal, ia akan meletup sendiri. Ia akan bercahaya seperti semua bintang lain dalam galaksi yang disatukan.

Pakar berkata, teleskop angkasa lepas Hubble merakamkan gambar bintang itu dengan beberapa siri letupan kecil yang dipanggil novas.

Letupan itu sering berlaku setiap 20 tahun bermula pada 1890 tetapi terhenti selepas 1967.

Ini bermakna letupan untuk 20 tahun berikutnya sudah tertangguh, kata saintis, Edward M Sion, Patrick Godon dan Timothy McClain dari Perstuan Astronomi di Washington. 
 
Posted by me (copy by http://permataaqiqku.blogspot.com)

28 April 2010

f0R tHe rEsT 0f mY liFe

Hidup tidak akan selamanya...

FOR THE REST OF MY LIFE

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Through days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
Repeat Chorus
I know that deep in my heart..


27 April 2010

Kerana CINTA, Aku Tinggalkan Cinta

Hidup tidak akan selamanya...




Sebenarnya sudah lama saya ingin kongsi kisah saya ini dgn sahabat-sahabat sekalian. Tapi , setiap kali laptop saya buka, jari ini jadi kaku untuk menulis. Tapi akhirnya saya nekadkan juga untuk menulis tentang ini. Hati saya bagai ditarik-tarik untuk menulis.Saya sudah tidak berdaya untuk pendam segalanya. Saya bimbang jika makin saya pendam,saya akan makin tersiksa dalam dunia saya sendiri. Doa saya semoga Allah ampuni saya atas segala apa yang saya lakukan ini. Apa yang akan saya coretkan ini adalah sekadar buat tatapan sahabat-sahabat sekalian. Ia adalah pengalaman saya sendiri. Ia hadir dari lubuk hati saya sendiri. Bukan fantasi atau rekaan semata. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah tetapkan kepada saya.

Kisah ini saya ceritakan supaya apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya untuk hari-hari kemudian. Ianya terjadi sewaktu saya berada dalam tahun 2 diploma dan si dia berada dalam tahun akhir diploma. Kebetulan kami belajar di tempat yg sama dan dalam jurusan yang sama di Bangi. Saya juga adalah seperti kalian semua. Manusia biasa yang punya fitrah untuk dicintai dan mencintai. Kamar hati saya ini sepi dan tidak pernah saya isikan dengan cahaya atau cinta dari mana-mana lelaki. Ianya suram dan sepi. Hinggalah akhirnya saya bertemu dengan seseorg.

Pertemuan saya dan dia terjadi sewaktu saya mengikuti aktiviti rehlah kelab. Itu pertemuan pertama. Tidak kenal pun, tapi perkenalan kami bermula hanya melalui sms dan demi Allah , saya ikhlas menghulurkan salam persahabatan padanya hanya kerana Allah. Tapi, semua yang terjadi telah ditakdirkan , dan saya tidak menduga akhirnya saya mula jatuh cinta dengan dirinya. Saya sendiri tidak sedar bila perasaan itu mula bercambah. Demi menjaga maruahnya , cukuplah kalau dia hanya dikenali sebagai “Mukhlis Sadiqy”. Gelaran itu saya sendiri yg berikan padanya kerana pada saya dia merupakan seorang sahabat yang ikhlas. Benarkah? Erm,hanya Allah dan dia saja yang tahu sejauh mana tahap keikhlasannya.

Perwatakannya sopan dan dia fasih berkata-kata, lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal agama. Jalannya hanya menundukkan wajah. Dia seakan-akan takut untuk bertentang mata dengan wanita. Tindakannya itu wajar kerana dari mata segalanya boleh terjadi. Walaupun antara saya dan dia , kami tidak pernah bersua secara berhadapan, tapi setiap kali bicaranya melalui sms itu menambat hati saya. Saya senang berbicara soal-soal agama dengannya, Namun, iman saya mula goyah, taqwa mula merapuh, nafsu merasuk nurani suci, lalu hati tunduk pada bisikan syaitan nan keji. Hanya sms. Nampak macam baik kan? Tidak pernah berbicara secara berhadapan tapi hanya sms. Sesetengah orang akan berpendapat bahawa cara saya itu betul , tapi sebenarnya ia silap sama sekali. Dan saya akhirnya menyedari kesilapan itu.

Sms itu sebenarnya hanya 1 alasan bagi saya. Ianya mungkin nampak agak baik,walhal tujuannya tetap sama dan ianya tetap salah. Niat baik itu tidak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap batil. Yang haq tetap haq. Allah pernah berfirman :

“Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.” (Surah Al-Ankabut,29:38)

Kalau difahami ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada saya ialah, syaitan telah buat saya pandang baik pada perkara buruk yang saya lakukan. Memang pada mulanya niat saya baik, tapi syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat saya terjerumus ke dalam kemaksiatan.

Matlamat baik saya itu tidak pernah menghalalkan cara saya. Selama hampir setahun saya leka dengan perasaan ini sendiri, akhirnya saya menyedari kesilapan yang telah saya lakukan ini. Saya terlalu asyik dengan cinta ini sehingga saya terlupa pada Pemilik Cinta yang sebenar. Sungguh, saya rasa terlampau berdosa dengan diri ini dan dengan dirinya sendiri. Saya telah menjadi fitnah bagi dirinya , kerana sedikit sebanyak saya telah melalaikan hatinya. Walaupun antara kami tidak pernah punya apa-apa yang istimewa , tapi saya tahu yang saya telah banyak menyusahkan dan meresahkan hatinya.


Saya panjatkan kesyukuran kerana Allah swt mengurniakan hidayah-Nya pada saya dan saya kembali menyedari kesilapan yang saya lakukan. Silap saya kerana punya cinta ini dihati. Tidak seharusnya saya begitu mudah melafazkan cinta dan meluahkan rindu. Saya seharusnya sedar pada siapa harus saya lafazkan cinta itu..hanya utk Allah ,Pemilik Cinta Teragung dan rasul-Nya.

Terus-terang saya katakan yang saya jadi malu dengan diri saya sendiri, dengan Allah dan dengan dia sekali. Kini , untuk kembali mencari keredhaan dari-Nya saya tinggalkan cinta di hati saya ini,ia hanya untuk Allah. Itu sebenarnya adalah jalan terbaik bagi saya.

Saya mengaku, saya sering kali terluka dan saya sebenarnya tidak kuat untuk melakukan itu , tapi saya perlu lawan segala hasutan syaitan durjana ini untuk mencapai keredhaan-Nya. Saya terpaksa berperang dengan hati dan perasaan saya sendiri.

Sewaktu saya mentaddabur Al-Quran, ada satu ayat yang membuatkan saya berfikir sejenak bahawa wajib bagi saya berperang dengan perasaan ini. Saya tidak boleh beri kemenangan pada syaitan dalam peperangan ini. Surah Al-Baqarah, ayat 216:

”Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Kini , segala apa yang pernah ada kaitan antara saya dan dia telah saya simpan. Gambarnya yang saya simpan secara curi-curi, dairi saya yang penuh dengan catatan berkenaan dirinya, tudung pemberiannya dan semua sms nya yang saya simpan dalam buku, saya simpan di dalam kotak. Hanya satu saja pemberiannya yang saya pegang dan bawa kemana-mana saja , saya tidak tegar untuk menyimpan pemberiannya yang itu di dalam kotak. Nak tahu apa?

TAFSIR AL-QURAN pemberian dari dia. Tafsir Al-Quran yg berwarna coklat itulah yang banyak memuhasabah diri saya. Kerana Al-Quran itulah saya akhirnya sedar akan segala kesilapan saya. Jadi, TIDAK MUNGKIN saya simpan dan ‘tutup’ Al-Quran itu untuk selama-lamanya.

Dia kini sudah tamat diplomanya di Bangi dan alhamdulillah saya sudah tidak bertemu lagi dengannya. Dan dia pun sudah melangkah satu lagi fasa dalam proses mencari ilmunya , dimana dia sudah menyambung ke peringkat degree di Shah Alam. . tapi insyaAllah saya yakin dia bahagia sekarang kerana doa saya untuknya sentiasa ada agar dia berada dalam naungan cinta Illahi. Apa yang terjadi antara saya dan dia kini hanya kenangan. Bukanlah bermaksud saya putuskan ikatan persahabatan yg terjalin antara kami ..tidak..!! Haram untukk seorg muslim memutuskan silaturrahim dan menjauhi sahabatnya. Sampai kiamat pun , dia tetap sahabat saya dunia dan akhirat. Tapi dia pernah menyatakan pada saya bahawa ini yang terbaik dan saya terima dengan senang hati keputusannya itu. Cuma saat ini biarlah hanya Allah di hati saya dan biarlah masa yg tentukan siapa dia pada saya di masa hadapan.

"Jika seseorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"

Saya tahan keinginan di hati ini kerana saya yakin Allah akan kurniakan sesuatu yang halal bagi saya. Semoga satu hari kelak saya akan berjumpa dengan “putera agama” saya yang akan dapat menambahkan lagi cinta saya pada Illahi.

copy by iluvislam...

Da blog...dat i like...

Hidup tidak akan selamanya...


http://www.facebook.com/MesutKurtis?v=wall
http://www.facebook.com/MaherZain
http://www.facebook.com/HamzaRobertson?v=wall
http://www.facebook.com/AwakeningWorldwide?v=wall

Perpisahan itu harus terjadi


Hidup tidak akan selamanya...

Assalamualaikum....
Hari ini...cuaca mendung...semendung perasaanku sekarang seakan2 mengerti apa yang tersembunyi diruang hati...seakan2 menangisi perpisahan yang harus terjadi ini...biarpun pahit untuk ditelan namun pahit itu adalah obatnya harus ditelan jua...biar kutangisi perpisahan ini sepuas2nya agar kekal menjadi kenangan selamanya...moga ukhuwah kita tetap selamanya hingga hujung nyawa walaupun tidak setentang mata....insyaAllah...

Benar...benar sekali...first terpaksa berpisah dengan suasana di sekolah, murid2 ku yang sangat mulia di sisi allah...mereka sangat istimewa....mereka terlalu menyayangi guru2 mereka...tidak pernah berdendam dengan guru2...berpisah dengan rakan2 seperjuangan...cikgu2 yang biasa di panggil kakak dan semua...sangat sayu hati ini...terasa dan sangat terasa...bagai inin menitis air mataku namun masih dapat ku tahan jika tidak akan tertitisnya seperti titisan air hujan yang turun pada masa itu...kak zaini selaku guru pembimbing...., cikgu nasir sebagai penyelaras, kak gee dan kak nor, kak sya, kak ida, aya...kak dayah, kak liza, cikgu sapiq, cikgu rajmi, ....semua itu nama2 yang ku kenali sepanjang bertugas di sana....i miss u all...(INGAT)
manakala murid2ku...haziq, syahira, wani, nabilah, rafidah. chui nee, adam, nurul syahira, firdaus, leq leq, izzat, aidil, nurain, farah hafizah, muadz, nursyahira, athirah, farah waheeda @ ecah, taufiq, danish, muhammad, dan nurin ....semoga kalian semua sentiasa sihat sentiasa....

Ku sangka hujan tidak sampai ke petang...rupa2nya hujan sampai malam...sekali lagi kenyataan yang harus ku terima...ya nor kawan baik aku yang ku kenali 4 tahun dulu...kini kami akan berpisah...ya....bukan tidak pernah berpisah namun kali ini bagaikan terasa tertusuk sembilu pedihnya rasa hati...tidak terkata.....sayangnya aku kepada dia tidak dapat diungkapkan dengan kata2....hanya Allah yang tahu....betapa rasa ukhuwah yang terjalin ini memberi makna...ini takdir yang harus ku terima...setelah bersama-sama bertungkus lumus bersusah payah menghabiskan study selama 4 tahun...pelbagai dugaan dan ujian yang terkena pada aku dan dia...andai aku sakit dia terkena tempiasnya....dan begitu lah sebaliknya....kami sama2 berkongsi segala suka duka, gembira, menangis, sama2 bergaduh, dan sebagainya...sungguh dia itu sahabatku sahabat dunia akhirat....yang pasti kepada nor....INGAT... saya sayang awak...seperti mana saya sayangkan diri saya, ke dua ibu bapa saya, sdik beradik saya, begitu juga sayangnya saya kepada awak...kita bagai dua beradik kembar tidak seiras...perpisahan ini amat di tangisi...walaupun kita berjauhan...ku doakan dikau sentiasa bahagia di sisi insan yang bernama suami kelak...moga di kau dapat meneruskan hasratmu untuk menjadi anak dan isteri yang solehah...amin... saya doakan awak panjang umur, di murahkan rezeki, di beri keberkatan dan Rahmat dari Allah swt.
Biar kita di keji di caci di hina...asal kita tidak berdendam...usah sedih andai di benci dan dihina kerna kita ada Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Teruskan hidup awak seadanya dan sama2 kita berusaha menjadi hamba yang disayangi Allah. InsyaAllah...amin...Ya Rabbal Alamin....                                                                                                        posted by me...*** i miss and always miss dat time u & me...



SeNyUm DaN KeTaWa

Hidup tidak akan selamanya...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...Kali ini kita kongsikan 15 fakta menarik tentang senyum & ketawa...meh bacaaaa
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. enyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK.
KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.

bcoz aku is aku...@ ya is ya...

Hidup tidak akan selamanya...


Aku hanya manusia biasa yang tidak tahan melihat maksiat di depan mata….

Aku hanya insan hina disisi Nya yang tak sanggup melihat sahabat-sahabat ku memakai
pakaian ketat yang menyesakkan mataku, apatah lagi mata-mata adam.

Aku hanya seorang perempuan yang tak tahan bila melihat mata adam melihat keindahan
tubuh sahabat perempuan ku dengan percuma.

Aku hanya seorang sahabat yang tak ingin melihat maruah sahabatku begitu rendah bila tubuh mereka yang terdedah menjadi jamuan mata nafsu lelaki yang liar.

Aku tak sanggup melihat sanggul sahabat yang bertudung terlalu tinggi hingga yang melihatnya membayangkan betapa panjangnya rambut mereka.

Aku tak tahan melihat tudung yang dipakai oleh temanku yang jarang dan membuat aku nampak alur lehernya.

Ingin sekali aku menutup keindahan seorang wanita itu dengan pakaian iman.

Tetapi siapakah aku untuk menanamkan iman dan malu di dada mereka?

Mampukah aku menutup semua pandangan kaum adam terhadap sahabatku yang mendedahkan keaiban mereka?

Ya ALLAH…beri hidayah Mu…

Tunjuki jalan Mu kepada sahabat-sahabatku…

Aku cintakan mereka…

Aku ingin mereka bersamaku meninggikan maruah kami…

Tubuh kami bukan untuk diperdagangkan dan menjadi bahan bualan lelaki-lelaki yang dayus…

Kau kurniakna juga hidayah Mu kepada ku…

Kerana hanya dengan rahmat Mu untuk aku layak ke syurga Mu…

Sedang jihad ku tak setanding jihad Siti Khadijah…

Sedang setia ku tidak standing Siti Hajar….

Sedang sabar ku tidak terjangkau sabar Siti Aisyah…

Ampuni ku Ya ALLAH…ampuni kami Ya Rabb…
(copyright by aqumerpatiputih.blogspot)

*** pesanan ini juga untuk diriku yang tidak sempurna.....(edit by me)

26 April 2010

Entah apa nak di kata rasa terbuku di hati...

Hidup tidak akan selamanya...

Hari ini mendung lagi...mendung seperti mendungnya perasaan aku...entah mengapa sejak akhir-akhir ini perasaan aku terasa tidak enak sekali...sungguh aku semdiri tidak tahu mengapa..tidak mengerti..apakah semua ini...sudah ku cuba hamburkan segala-galanya dengan mengadap /ilahi...alhamdulillah aku tenang disisinya...namun masih ada lagi rasa resah gelisahku..hanya Dia yang Maha Mengetahui...Allah engkaulah tempaku untuk meminta, merintih, mengadu, memohon, melepaskan perasaan tidak senangku ini...Hanya Engkau kerana hidupku hanyalah untuk-Mu. Aki insan yang di ciptakan hanya sebagai pinjaman buat menemani kedua orang tuaku, saudara-maraku, sahabat-sahabatku, rakan taulan, dan mereka yang mengenaliku. Kepada-Mu jua aku akan kembali....
Aku masih lagi aku...tiada yang berubah hanya kata hati yang sentiasa berubah...hidup aku...sentiasa berubah2...ada gembira, ada duka...tp itu semua hanyalah mainan hidup...biarpun tiada lagi senyum dari raut wajahku...akan ku hambakan diri aku untuk Dia..hanya untuk Dia...Tidak untuk orang lain...dan aku berdoa jika suatu masa aku jatuh cinta...berilah aku cinta pada seseorang yang mencintai Allah lebih daripada aku. Jika aku tidak di takdirkan jatuh cinta...biarlah aku mengabdikan diri aku untuk-Mu. Mudah2an hasrat ku itu menjadi kenyataan. Aku ingin berubah menjadi insan yang sempurna pada pandangan Allah AZza wa Jala...moga dengan izin dan rahmat-Nya dapat ku lalui hidup ini seiring dengan keberkatan dari-Nya. insyaAllah.

Betapa indahnya apabila mendapat cinta yang haqiqi dari-Mu. Allah Allah Allah...Ya Rahman Ya Rahim, Ya Zuljalali Wal Ikram.

Wassalam...

Baiknya Allah

Hidup tidak akan selamanya...

?Terkilan ...mengapa kau tidak mahu memahaminya...

Hidup tidak akan selamanya...
Assalamualaikum pada teman2....sama2 menajdi hambah allah di atas muka bumi ini...emmm tgok skrng jam 5.04 pagi...aku tak lena untuk tidur...mungkin sebab minum nescafe semasa makan malam ngan housemate tadi...Untuk tidak membiarkan waktu terbazir begitu sahaja...terdetik untuk menulis rasa yang terbuku di hati ini...bukan untuk membuka pekung sesiapa namun hanya untuk meluahkan rasa hati pada blog ini yang aku tahu memang ia hanya milik aku...hanya aku sahaja yang membacanya tiada orang lain...jadi apa yang aku tulis disini dan luahkan disini sebenarnya hanya aku dan Allah sahaja yang tahu...Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui...

Ya kini sudah dua hari aku dalam status tamat belajar...sebelum ini beria-ia benar aku untuk pergi majlis reunion pelajar tahun empat bach Special needs education kat taman negara teluk bahang...aku terus booking nama apabila dapat tahu...ya sebab aku memang mahu pergi tanpa berfikir panjang kemungkinan aku tidak dapat menghadirkan diri...hanya satu dalam kotak fikiranku iaitu mahu pergi menemui rakan2 seperjuangan semasa di universiti dahulu setelah beberapa bulan tidak bertemu...walaupun hakikatnya aku tidaklah serapat seperti mereka2 namun rasa sayang dan rindu pada mereka masih bertamu di hati kecil ini dan tiada sekelumit pun rasa untuk tidak mahu berjumpa mereka semua. Oleh sebab itulah aku membuat persetujuan tanpa berfikir panjang...dengan memberi kata putus untuk menyertai reunion itu...

Setelah hampir ke tarikh yang di tetapkan...aku excited untuk pergi...rasa sangat2 teruja untuk pergi menemui mereka tambah pula lecturer juga mahu ikut serta...walaupun dalam situasi kewangan yang agak kurang memberangsangkan...namun aku cuba la untuk katakan masih terkawal walaupun sebenarnya tidak. Tambahan pula ini la peluang untuk menemui mereka2 kerana selepas ini kami akan membawa haluan masing2 dengan kerjaya masing2...tambahan pula masing2 telah menginjak umur 20-an yang layak di gelar matang kerana sudah dalam peringkat dewasa...walaupun aku masih berasa tidak cukup matang. Selepas ini berbagai cabarab dan dugaan harus ditempuhi, hidup perlukan tanggungjawab...

Begitu jugalah aku...sehingga tiba saat2 akhir aku tidak dapat mengizinkan diriku untuk bersama mereka dalam reunion itu...kerana "kita hanya boleh merancang namun yang menentukan hanya Allah swt jua" Dia tahu apa yang kita tidak tahu...

Sudah aku berikan kata maaf terhadap rakan2ku kerana ketidakdapatpergianku bersama mereka....namun rasanya seperti mereka tidak mahu mengiakan kemaafkanku...jauh di sudut hati mereka kecil hati dan terkilan...ya...memang sepatutnya begitu..namun harus lah mereka faham ada sebab aku jadi begini....hanya Allah yang tahu gelodak jiwaku saat ku ingin mengucapkan kata tidak untuk pergi bersama mereka...


Maafkan aku wahai teman...seandainya tutur kata dan janji ku tdk dapat ku penuhi...sesungguhnya aku perlu lakukan sesuatu yang lebih penting daripada apa yang penting kerana apa yang lebih penting itu adalah sangat penting daripada yang penting...aku sayang, rindu, tersangat ingin menemui korang semua...namun biarlah aku simpan rasa itu di dalam hati sanubariku ini tanpa mempamerkan kepada korang semua kerana aku tahu korang tidak tahu apa yang aku rasakan sekarang melainkan Dia...

Aku bukan sengaja...aku sedih, terkilan dan malu di atas apa yang berlaku dan kelangsungan aku untuk tidak bersama korang....seribu kemaafan aku pohonkan...dan ku doakan agar korang semua bergembira selamat sejahtera setiap masa tanpa aku bersama korang...

Aku tidak dapat buangkan rasa rajuk korang dihati.....namun rasa rajuk di hatiku Allah jua yang Mengetahuinya,...tidak mengapa...biarlah korang mahu anggap apa....ya..aku yang bersalah kerana terlalu mudah mengatakan ya untuk ke majlis reunion itu...tanpa berfikir panjang...jadi aku lah yang bersalah...apa yang aku rancang tidak menjadi...

Aku tidak pernah menyalahkan korang semua...bergembiralah wahai teman2ku...aku rindu, aku sayang kamu...i wish u all hepy and im really appriate di atas kerjasama yang korang berikan pada aku... semoga silaturrahim ini tidak putus di sini dengan terputusnya pandangan mata sesama kita...moga rasa kasih dan sayang silaturrahim ini masih setia di hati masing2...sampai hujung nyawa walaupun berjauhan kelak...insya'Allah. Amin Ya Rabbal Alamin... ini doa daru aku untuk kita semua...

Wassalam....(26-04-10)