BIO SELEZA FEMININE PAD ORIGINAL

4 Oktober 2013

Rindu - ijabqabul

Assalamualaikum...lamanya x update this blog...maklumla busy dan banyak komitmen..dengan pelbagai agenda. Terbaru tapi x baru sangat la...syukur alhamdulillah akhirnya hr ni 1st time aku update blog ni sps bgelar puan. Syukur pd Allah yg tlh mpermudahkan segala urusan pernikahan kami iaitu aku dan abang ..zauj yang amat aku sayang dan rindui. kami telah di ijab qabul pd 2 syawal 1434hj bersamaan 9 hb ogos 2013. Dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada encik muhammad helmi bin ab halim. Terima kasih abang kerana menerimaku dengan seada2nya aku ini. Sesungguhnya aku terima ikatan ini dan jodoh ini yang dikurniakan Allah swt. AKU Akan cuba jaga hubungan ini sebaik mungkin dan semoga ikatan yang baru dibina ini sentiada dalam rahmat kasih sayang Allah swt dan sentiasa di berkati dan di rahmati-Nya..insya Allah..aamiinn.. TQ Allah. 

* I miss u abang...indahnya bercinta selepas nikah...ki akui semua itu. Syukur pd Allah atas jodoh yang kami ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen untuk BloG sYaWaL