BIO SELEZA FEMININE PAD ORIGINAL

16 Mei 2011

Tiada noktah walaupun pada penghujungnya

Hidup tidak akan selamanya...



HINA???hina sangatkah diri aku yang serba tidak mencukupi ini? hinakah aku? tersangat hinakah aku? siapakah aku pada pandangan kamu, mereka, dan semua yang mengenaliku? kenapa? soalan ini telah ku ajukan pada diriku sebelum ku ajukan kepada anda semua. Walaupun ku tahu tiada siapa yang akan menjawabnya tp soalan ini tetap akan ku ajukan kerana inilah salah satu ubat penenang kepadaku. Ibu ayah selalu risau sebab ku ini anak perempuan, risau bila berada jauh dari keluarga kerana melihat sikapku semasa kecil yang selalu buat orang lain takut. 

Tp tahukah itu duluuu sewaktu kecil ku yang akal masih tidak pandai memikirkan soal baik buruknya sesuatu perkara atau tindakan. itu sewaktu akal kecilku masih tidak mengerti untuk memahami perasaan dan menjaga perasaan orang lain. tapi kini??? diri ini telah tahu semua itu... sedaya upaya ku cuba menjada tertib terutama dalam setiap perbuatan dan tutur kata.. KENAPA?? kerana hanya untuk MENJAGA hati-hati manusia agar tidak terguris. Masih ku ingat bait nasihat dari seorang hamba Allah " biar hati kita berdarah asal hati orang lain tidak tercela @ terhiris".Diriku juga tahu fitnah atau umpatan itu bukan sesuatu yang baik. Ku cuba mengelak dari termasuk dalam kalangan manusia yang suka mengumpat atau dengan kata lain bercerita. Apa sahaja yang ingin atau mahu dilaksanakan ku fikir kesannya kepada manusia dan diri sebelum melaksanakannya. 

Walau apapun yang timbul dan terjadi ku asuh fikiranku untuk berfikiran POSITIF terhadap orang lain. Tapi kenapa masih terasa siksanya hati ini...ya...inilah sikap manusia bila kita jahat kita akan dikeji dan bila kita buat baik kita turut menjadi mangsa. dan inilah yang dinamakan kehidupan, tiada kehidupan tanpa cabaran..."buat baik di balas baik, buat jahat dibalas jahat...disini diriku tergolong dalam kategori mana? Bukan kerana diriku ini tidak berSYUKUR atas nikmat kurniaan yang diberikan-Nya tetapi sebagai MANUSIA BIASA kadang-kadang tidak mampu untuk menahan dugaan ini semua...sehingga terasa diri ini sangat hina kerana tiada siapa yang sudi membela. KEseorangan ...dan mujurlah ada Dia. Hanya Dia yang tahu apa hikmahnya yang menimpa diri. Niatku bukan untuk mengaibkan sesiapa apatah lagi mencaci mencela sesiapa sahaja. Sekadar meluahlkan rasa hati yang amat T******n. Tidakkah mereka melihat diriku sebagai seorang kawan andai tidak dapat menjadi SAHABAT. 

Tidakkah mereka mahu berterus terang tentang ketidakpuasan hati akan tingkahku? Kenapa??? Kenapa diriku tidak tahu apa yang ku lakukan sehingga tercetusnya semua ini? Kenapa diriku kau cuba kenali wahai Manusia andai sekadar untuk memburuk-burukkan ku? Mengapa memaksa diri berbuat baik kepadaku andai itu sebaliknya yang terpendam di hatimu? mengapa menyakiti orang lain andai membenci diriku? Sesungguhnya diriku ini boleh terima apa sahaja TEGURAN andai di beritahu...usah di panjangkan sehingga menimbulkan fitnah kerana ku khuatir dosamu akan bertambah...

Wahai Manusia maafkan diriku ini...kerana lancang jariku menulis disini..."diriku terasa bagai lalang dihembus angis ke kiri ke kanan dilihat seperti ku bahagia kerana hembusan angin itu namun tidakkah kau tahu pedihnya lalang itu apabila terhuyung hayang dihembus angin, dan jika angin itu kuat...maka terbanglah melayanglah lalang itu putus dari akarnya hilang dibawa angin. Janganlah kau wahai manusia membenarkanlalang itu melayang terbang dibawa angin kerana diriku khuatir lalang itu tidak lagi mengenal angin yang sebelum ini memberikan bayu dingin kepadanya. "Ku terima segalanya"...tapi jgn jadikan itu sebagai wardah untuk mengukir senyum puas di bibir mu wahai manusia. INGATLAH 99 nama Allah yang terdapat WAHAI MANUSIA, janganlah kau berasa PUAS dengan kemenangan sedikit kerana menyakiti orang lain kerana Lidahmu itu akan menjadi SAKSI di hari PENYAKSIAN kelak. 

Nasihat ini ku berikan untuk diriku juga sebagai PERINGATAN kerana sesungguhnya Manusia itu penuh dengan sifat LUPA, LALAI, LEKA. Kerana ku khuatir itu akan menjerat dirimu jua. "Ingatlah wahai manusia biarpun diriku hina dimatamu, namun ku tidak akan biarkan diriku hina dimata Dia". Dia yang memberiku roh dan jasad, yang memberikan dirriku peluang untuk berdiri disini, dia yang memberikan diriku kepada ibu bapa, dan kau wahai manusia. Ingatlah kita tidak akan selamanya KEKAL di atas muka bumi ini. INGATlah wahai manusia, bahawasanya USIA dan SAKIT bukanlah SYARAT untuk seseorang inu pergi MENGADAP ILAHI kerana semuanya tertulis di LUH MAHFUZ. Allah telah menetapkan dan Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui.

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen untuk BloG sYaWaL