Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.
Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.
Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."@@@-----------------------------------------------------------------------------@@@
Hidupku Hanya Untuk-Mu, KADANG-KADANG ALLAH SWT SEMBUNYIKAN MATAHARI, DAN DIA DATANGKAN PETIR DAN KILAT, KITA TERTANYA-TANYA KE MANA HILANGNYA MATAHARI, TETAPI RUPA-RUPANYA ALLAH SWT MEMBERIKAN KITA PELANGI. JADILAH SEORANG INSAN DALAM BEKAS KACA YANG SUKAR UNTUK DI AMBIL. HANYA ORANG YANG MAMPU MEMILIKI SAHAJA YANG BOLEH MEMILIKINYA...SESUNGGUHNYA ALLAH MEMANDANG KEPADA HATI YANG BERSIH LAGI SUCI DAN BUKANNYA PADA RUPA DAN PAKAIAN...(^_^)
7 September 2009
Kisah Teladan - Air Mata Taubat Nabi Adam a.s
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen untuk BloG sYaWaL