BIO SELEZA FEMININE PAD ORIGINAL

14 September 2009

Kesilapan tak disengajakan

Waktu itu bulan ramadhan, masa tu umur dia lebih kurang 16 tahun. Dia seorang gadis yang dilahirkan mempunyai kakak, abang, dan adik-adik. Tugas harian dia ialah belajar iaitu ke sekolah setiap hari. Setiap hari dia ke sekolah menaiki kereta “prebek sapu” dengan tambang 0.50 sen. Kini dia tidak lagi mengayuh basikal kerana basikal itu diberikan pada adik pula. Pulang dari sekolah, dia tidak lagi dapat bermain-main seperti mana dahulu kerana umurnya sudah meningkat remaja. Sikap dia yang tidak suka memerap di rumah membuatkan dia agak tidak dikenali oleh orang kampung. Setiap petang dia ditugaskan oleh ayahandanya untuk menjaga lembu-lembu yang dipelihara oleh ayahnada dia. Oleh itu setiap hari dia pada waktu petang dia akan mengambil alih tugas ayahandanya untuk menjaga lembu-lembu itu dengan mengalih, menuntung, dan membawa lembu-lembu itu pulang ke rumah. Tambahan lagi pada bulan puasa, ayahandanya ingin berehat. Dia akur dengan perintah ayahandanya kerana dia sedar sebagai seorang anak, dia perlu membantu meringankan beban orang tua yang banyak berkorban untuk dia dan keluarga dia.

Pada suatu hari, dia sedang memasak juadah untuk berbuka puasa, dan pada waktu itu cuaca jadi mendung tiba-tiba...angin pun kuat di luar. Sedang dia menyalakan api untuk membakar daging, tiba-tiba ayahandanya menyuruh supaya pergi mengambil lembu-lembunya dahulu kerana hari nak hujan. Dengan pantasnya dia berjalan kaki sambil berlari-lari anak di atas batas parit dan melalui kawasan bendang… akhirnya sampailah dia ke tempat yang ditujui. Dengan bersungguh berhati-hati dia melepaskan ikatan tali lembu itu dan menarik lembu-lembu itu untuk dibawa pulang ke rumah. Dalam keadaan yang tidak di sangka-sangka rupa-rupanya salah seekor lembu yang dia taik adalah kepunyaan orang lain iaitu Pak cik Wa. Yang peliknya, pada waktu dia menarik lembu-lembu itu pulang, Pak Cik Wa juga melihatnya kerana pada waktu itu Pak Cik Wa sedang memberi memberi rumput yang di cerut pada lembu di atas padang namun dia tidak berkata apa-apa kepada dia yang telah menarik lembunya pulang ke rumah.

Sesampai di rumah, dia mahu membawa lembu ke dalam kandang. Tiba-tiba ayahanda turun dan cuba membantu dia. Bagaimanapun, ayahanda amat marah sekali apabila melihat salah seekor lembu itu milik orang lain. Bermakna dia salah ambil lembu orang lain. Dek kerana keletihan pada bulan puasa, ayahanda amat marah…mukanya menjadi semerah biji saga dengan matanya yang luas turut menjadi merah….bagai api yang menyala-nyala keluar dari wajahnya…dia jadi takut…lalu dia berlari-lari ke meniti batas-batas sekali lagi untuk ke padang mencari lembu yang betul…lembu Pak Cik Wa tadi di tinggalkan sahaja di rumah.

Setibanya dia di padang, dia melihat ayahandanya sudah ada di padang itu sambil menarik lembu yang betul. Lembu tadi sudah di hantar kepada tuannya. Dia berasa menyesal keran membuat silap…betapa ayahanda marah “buke sari duo ku suruh jago lembu tp lama dh bertahun-tahun, takkan la hok tu pun tokleh harap sampai buleh tukar lagi lembu kita ngan lembu oghe lain”??? ni bukan meringankan beban orang tu tapi menambahkan lagi beban orang tua. Lalu dia berasa sedih dan juga marah pada diri sendiri yang cuai…dia tak jadi masak…alih-alih adiknya yang membakar daging…dia pua berdiam diri sambil membuat kerja-kerja di dapur. Tiba waktu berbuka puasa dia tidak lagi ada feel nak makan…dia sedih…kerana dimarahi…dia rasa dia anak yang tidak berguna….tapi bila di ingat kembali macam mana la dia boleh ambil lembu orang lain dan menarik lembu itu di depan mata tuannya dan tuannya pun tidak berkata apa-apa. Sampai sekarang kisah itu segar dalam ingatan…dan bila bersama-sama adik-beradik berkumpul, topic ini akan jadi bahan cerita untuk menghiburkan kami.

2 ulasan:

  1. "dia sedang memasak juadah untuk berbuka puasa, dan pada waktu itu panas terik di luar. Sedang dia menyalakan api untuk membakar daging, tiba-tiba ayahandanya menyuruh supaya pergi mengambil lembu-lembunya dahulu kerana hari nak hujan. "

    hamba musykil.huhu..

    BalasPadam
  2. salam simiey...ops silap tulis tu...sbnarnya dh edit tp save...ok skrang diperbetulkan...yg sbnarnya cuaca mendung...menandakan hari hampir hujan...(^_^)

    jgn musykil lg ok..

    tq sbb baca..

    BalasPadam

Komen untuk BloG sYaWaL