Hidup tidak akan selamanya...
Assalamualaikum ...
Alhamdulillah bersyukur pada Allah swt yang masih memberi peluang kepada diri ini menghirup udara di atas muka bumi ini. terima Kasih Allah. Di sini ku kongsikan doa mensyukuri nikmat Allah dan pengakuan nikmat dari Allah, "Ya Allah, pada pagi (petang) ini kami nikmati afiat pemberian-Mu (keselamatan dari mara bencana) dan terjaganya rahsia-rahsia (dosa-dosa) ku, maka sempurnakan nikmat-Mu, afiat-Mu dan penjagaan-Mu ke atasku, di dunia dan akhirat. Ya Allah, nikmat apa saja yang ku perolehi di waktu pagi (petang) hari seseorang di antara makhluk-Mu sebenarnya adalah dari-Mu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagi-Mu segala puji dan syukur".
SYUKUR...ya menyebut tentang syukur...benar sekali sebagai seorang manusia yang penuh dengan sifat lemah dan lupa memang selalu lupa untuk bersyukur dengan nikmat pemberian Allah swt. Begitu juga diriku ini. Kerana terlalu mengikut perasaan amarah sehinggakan kadang-kadang terlupa apa yang terjadi semuanya adalah ujian dari-Nya. "Astagfirullahalazim....al'lazilaila'haillah'huwal haiyum qayyum wa'atu'bu'ilaii ". (ertinya: saya memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, saya mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan yang hidup terus selalu jaga.)
"Ya Allah Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau ; Engkau yang menciptakan dan aku abdi-Mu, dan aku berada dalam perjanjian dengan-Mu, ikrarku kepada-Mu (yang akan ku laksanakan segera) segala kemampuanku; dan aku berlindung kepada-Mu, dari kejahatan dan apa-apa yang telah ku lakukan; aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmat-Mu kepadaku ; dan aku mengakui dosaku, dan ampunilah aku, kerana tiada yang boleh mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau."..aamiinn.
SYUKUR merupakan suatu perkataan yang amat mudah untuk diucapkan atau dilafazkan dan ia lebih mudah dari mengupas kulit kacang.tetapi sedarkan rupa-rupanya tidak ramai manusia yang mampu mengamalkannya. Ya benar sekali tidak ramai yang mensyukuri nikmat dan kurniaan Allah swt dalam kehidupan nyata. Perkara inilah yang ditunjukkan oleh Allah swt dalam firman-Nya beberapa kali.
Firman Allah :
"Tidaklah engkau ketahui (wahai Muhammad) tentang orang-orang keluar (yang melarikan diri) dari kampung halamannya kerana takutkan mati, sedangkan mereka beribu-ribu ramainya? Maka Allah berfirman kepada mereka : "matilah kamu", kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurnia-Nya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur."
(surah al-baqarah : 243)
Syukur bermakna menampakkan iaitu pujian kepada yang berbuat baik yang memberinya kebaikan, dan syukur adalah lawan kepada kufur. Para ulama pula mendefinisikan syukur sebagai " mengerahkan segenap kemampuan untuk melakukan ketaatan serta menjauhi perbuatan maksiat, baik secara rahsia mahupun terang-terangan". Selain itu, ada juga yang berpendapat syukut adalah TAWADUK (rendah hati) dan menjaga kebaikan, mengekang hawa nafsu, mengerahkan kemampuan untuk melakukan ketaatan dan muhasabah diri kepada Allah Pencipta LANGIT dan BUMI.
Allah swt berfirman:
"dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu : Demi sesumgguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya aku tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan semi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras". (Surah Ibrahim : 7)
Ya kita selalu lupa untuk bersyukur, bersyukur bukan sahaja pada pengucapan tetapi juga disertai dengan perbuatan. Setelah mengambil masa bertenang dan berfikir, diri ini mendapat suatu yang pasti bahawa sesungguhnya ujian dan dugaan yang Allah berikan itu "apalah sangat" dibandingkan dengan nikmat yang Dia berikan. Cuba renungkan sebagai seorang umat manusia yang Allah ciptakan dengan cukup sifat sempurna keseluruhannya. Ambillah masa dan renungkan wahai diri tadahkan dua telapak tangan dan pandanglah sepuluh jari yang ada sendi-sendi Yang di ciptakan Allah swt. Andai tiada sendi itu maka jari-jari itu kaku tidak bergerak tidak dapat membuat sesuatu perkarapun. Lihatlah antara lima jari....ibu jari memberikan fungsi paling utama, andai tiada jari ini maka usahkan untuk melakukan kerja lain bahkan untuk menyuapkan makanan pun tidak berupaya. Maka di sini nikmat apakah lagi yang diri masih mahu? dan apakah nikmat ini tidak diri ini syukuri? Ya Allah betapa diri ini alpha dan leka kerana terlalu mengikut hawa nafsu amarah diri dengan kata nista manusia semata yang tiada penghujungnya yang tidak memberikan kebahagiaan kepada diri ini yang tidak memberi kesan kepada anggota tubuhku melainkan hanya memberikan keperitan pada hati. Ku sedari kini biar terluka, terguris, tercalar, remuk hati ini akan ku cuba terus TERSENYUM kerana diriku ada KAMU...KAMU Ya ALLAH Engkaulah kekasihku, Engkaulah Tempatku mengadu, Engkaulah yang bisa menemaniku setiap masa, saat, setiap waktu..dan hanya Engkau yang mengenali diriku ini. Diri ini akan cuba sedaya upaya menjadi KHALFAH yang ENGKAU REDHAI...tp bantuan dari-Mu amatlah ku harapkan. Sebesar mana batu menghempapku akan ku cuba bertahan dan mensyukuri nikmat-Mu yang tidak ternilai ini. Ya Allah andai sebelum ini hamba ini bukan hamba yang bersyukur pada-Mu, kini hamba mahu bersyukur dan bersyukur atas nikmat yang Engkau berikan, nikmat yang Engkau kurniakan.
Engkau berikan diri ini hidup, beri cik dan ku sebagai ibu dan ayah, berikan kakak-kakak, abang-abang dan juga adik-adik lelaki dan perempuan. Kau jadikan diri ini anak tengah yang bisa merasai perasaan mempunyi kakak, abang dan adik berbanding mereka yang tidak mempunyai kakak, abang dan adik. Selepas itu Kau berikan ku peluang untuk merasai dan kenangan bersama nenek dan datuk walaupun sekejap tapi kau berikan peluang itu. Tidak cukup dengan itu Kau berikan diri ini abang-abang ipar dan kakak ipar yang baik dan menambahkan bilangan ahli keluargaku, Kau berikan diri ini anak-anak saudara yang ramai sebagai penyambung keturunan keluarga cik dan ku, Kau berikan senyuman dibibirku tika bersama-sama mereka yang berbagai kerenah...
Kau berikan ku peluang untuk merasai indahnya saat bersama insan yang bernama SAHABAT, Kau beriku peluang untuk menjadi seorang murid, pelajar, dan kini sebagai seorang guru. Kau beriku kehidupan yang sederhana sehinggakan diri ini menjadi manusia yang tidak tergila-gilakan kemewahan semata, tidak kecewa dengan kesusahan yang melanda tapi cukuplah apa adanya...Terima kasih Ya Allah kerana memberikan segala-galanya buat diriku, terima kasih kerana menjadikan diri ini manusia yang masih mengenal diri, tidak memberikan kemewahan yang mungkin bisa menghilangkan rasa syukur pada-Mu, yang mungkin akan melahirkan diri tn nor azira yang amat berbeza dengan sekarang. TERIMA KASIH ALLAH ATAS SEGALA-GALANYA. Satu pintaku dan doaku...Ya Allah sesungguhnya hanya dengan rahmat-Mu diri ini memohon keampunan, pertolongan, perbaikilah bagiku segala urusanku dunia akhirat, dan janganlah Engkau membiarkan diriku dengan hanya sekilas pandang. Janganlah Engkau berpaling daripadaku. Aamiinn...Ya Rabbal Alamin.
INGATLAH: Ku, Cik, kak na, abe yie @ ri, kak nor, abe di, dik cah, dik yah, dik ni, adik @ adik ammar, abe din, abe tah, kak da, anak-anak buah cik ya abang, kakak, abe long, wan, maiyam @ maryam, dik una @ husna, dik amil, amsyar, adk muhammad , mandear ku asnah, che su nah, pak su awie, nor, mak abah dan semua yang diri ini kenali...u always stay in my heart sampai hujung nyawa insya'Allah. Diri ini sayanggggggggggggggg, cinta, rindu pada kamu...
(*_^)
Wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen untuk BloG sYaWaL