Hidup tidak akan selamanya...
Dia seorang insan biasa yang turut menempuhi pelbagai rintangan hidup namun hatinya tidak pernah rapuh untuk berdoa, bermunajat dan mengingati Maha Pencipta Allah swt. Bermulanya kisah hidup seorang anak setelah dilahirkan kedunia. anak ini telah di lahirkan dan disambut dengan penuh kesyukuran oleh ibu bapanya. Namu langit tidak selalunya cerah dan panas tidak selalunya sampai ke petang. Dia yang masih bersekolah rendah tetapi sudah diduga dengan kehidupan ini. Maka bermulalah kisahnya si dia ini yang mana ibu nya telah berpisah dengan ayahnya sewaktu masih kecil dan tidak tahu erti perpisahan itu.
Dia yang mempunyai seorang kakak kandung hasil perkahwinan ibunya dengan ayahnya. sewaktu masih kecil itu dia dijaga dan dibesarkan oleh nenek kerana kemiskinan yang membelengu diri dia. Akhirnya dia sudah melangkah ke alam persekolahan dan sebelum pergi ke sekolah setiap pagi sebelum ke sekolah dia akak keluar menoreh getah untuk mendapatkan wang dan pada masa itu nilai 20 sen amat besar nilainya. setiap pagi begitulah rutin dia. Jika tidak ke sekolah dia akan keluar ke sawah untuk menangkap ikan untuk di jadikan lauk untuk santapan. Kehidupannya terus menerus begitu sehinggalah umurnya meningkat remaja, pada umur belasan tahun dia yang mempunyai citia-cita yang tinggi untuk belajar akhirnya telah di paksa kahwin oleh bapa saudaranya yang memang "cengil" iaitu abang kepada ibunya. Maka berkahwinlah dia dalam usia yang muda. Bermulalah episod baru dalam hidupnya sebagai seorang isteri, menantu, dan ibu kepada anak-anak. Pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuhi sehinggakan saya sendiri tidak sanggup menulis tentangnya dan biarlah ia disimpan di sanubariku sampai bila-bila.
Akhirnya dia dikurniakan beberapa orang cahaya mata hasil perkahwinannya tadi. Bagaimana untuk menampung / menyara anak-anaknya, dia bertungkus lumus membanting tulang bersama-sama suami dengan meneroka tanah hutan, tinggal di pondok buruk yang dikongsi bersama ipar, betapa sedihnya hati ini mengingatkan kisah dia. Di dalam hutan yang jauh dari orang lain, usahkan untuk makan sedap tetapi sebulan sekali dapat keluar pekan dan merasai secawan ter itu sudah cukup membahagiakan dia dan keluarganya. dia dan keluarga makan apa yang ada seperti pepatah melayu "kais pagi makan pagi kais petang makan petang dan tidak kais malam makan tidak makan...tapi apa yang pasti menu penting adalah makan nasi bersama air garam sebagai perasa untuk dia dan suami, nasi bersama air gula sebagai perasa untuk anak-anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen untuk BloG sYaWaL