BIO SELEZA FEMININE PAD ORIGINAL

9 Februari 2010

Kehidupan yang SEMPURNA

Kehidupan yang sempurna....itu sememangnya keinginan malah menjadi impian setiap insan yang bernama manusia selagi mereka masih waras atau dengan kata lain berakal. Tapi apakah yang dimaksudkan dengan kehidupan sempurna itu??? Kalau dilihat kepada pepatah itu...ia sebenarnya membawa banyak makna atau boleh dipecahkan kepada beberapa cabang...

Seseorang itu boleh kata hidupnya sempurna apabila:

  1. ada wang yang banyak,
  2. ada kerja glamour, rumah besar, ada kereta,
  3. ada anak, isteri @ suami, ada kerja tetap, ada rumah, kenderaan,
  4. ada kekasih
  5. ada tempat untuk bergantung dan sebagainya.

Tapi bagi aku...susahnya untuk mengecapi kehidupan yang sempurna itu... aku cakap begini bukan kerana aku ni bukan tidak tahu bersyukur dengan kurniaan Allah swt atau masih berasa teraniaya dengan kehidupan di atas muka bumi ini... SEBALIKNYA aku berkata begini kerana pada aku...kehidupan yang sempurna itu ialah apabila seseorang itu berjaya dalam perjuangan hidup secara sama rata iaitu balance perkara didunia dan akhirat.


Sememangnya hidup atas dunia ini perlu diiteruskan...yang mana pepatah mengatakan kejarlah kehidupan didunia ini untuk kebahagiaan tetapi jangan dilupa pada tanggungjawab kita untuk kebahagiaan kehidupan diakhirat juga...


Sebab itu selama hidup ini aku masih dapat rasakan aku masih belum kecapai kesempurnaan itu...memang perjalanan hidup aku masih panjang...tp siapa tahu entah esok lusa apa yang akan terjadi kita xtahu itu semua Kerja Allah swt...cuma kita sbagai manusia mampu berdoa mudah2an dipanjangkan umur, murah rezeki, sihat walafiat dan diberikan jodoh yang baik. Moga dengan kurniaan atau anugerah yang Allah swt berikan pada kita dpat dimanfaatkan dengan menggunakan kesemoatan ini untuk menjadi khalifah dimuka bumi Allah swt sebaik2nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen untuk BloG sYaWaL