BIO SELEZA FEMININE PAD ORIGINAL

7 Februari 2010

Guru pelita hidup...

Assalamualaikum...

Hidup tidak akan selamanya...itulah kata2 yang sentiasa aku ingat...hidup hanya sementara...jadi selagi masih bernafas di atas muka bumi kurniaan Allah swt ini...aku kena cuba memanfaatkannya dengan sebaik mungkin...emm aku akan berusaha menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik...insya'Allah mudah-mudahan niat aku ini di Makbulkan Allah swt. Usaha aku untuk itu masih belum cukup a.k.a mencapai tahap impak maksimum...jadi kena go go go chaiyok chaiyok aza aza fighting...

So APA YANG PENTING???? KERJASAMA??? itu memang la betul seperti yang disebut "menjadi trademark" WONDERPETT...tp bagi aku apa yang PENTING ialah SOKONGAN dari semua orang disisi aku ESPECIALLY cik ngan ku... cik ku im always need you and love you much.


Emm aku nak kongsi cerita aku ni macam mana eks...aku bakal bergelar sorang guru pada suatu hari nanti...insya'Allah...tp sekarang pun dah digelar cikgu walaupun hanya sebagai guru praktikal...but im always try my best...aku cuba setakat yang aku mampu...aku ingat lagi masa aku sekolah dulu pernah terdetik di hati aku tp xtau la berapa kali...iaitu senangnya jadi cikgu...ajar lepas tu kuar kelas....kini bila aku berada dalam situasi guru2 aku dulu baru aku tau betapa banyak dugaan dan cabaran bila menjadi seorang guru...ye la mana tugas sebagai guru, ibu bapa, pekerja, tu tak termasuk kerja2 lain...lagi terutama bagi yang dah berkeluarga...memang jadi guru kerja separuh hari...bila org tengok guru mereka akan kata senang jadi guru kerja separuh hari saja masa lain boleh berehat kat rumah...tp bagi aku memang la...tp walaupun kerja separuh hari...namun kerja dari sekolah bawa balik sampai ke rumah....macam mana tu...aku cakap macam tu bila aku lalui benda ini...aku lihat housemate aku juga seorang guru, kawan2 aku, kakak aku sendiri sampai jam 2,3 pagi masih bersengkang mata menyiapkan tugasan untuk sekolah...mana nak right kertas student lagi la, buku rekod la,...dan itu baru yang basic...yang lain banyak lagi...

adoiiii lama juga aku membebel kat cini...tapi what ever...guru itu pelita ilmu yang sanggup membakar dirinya sendiri demi memberikan ilmu pada anak didiknya...jadi moralnya disini HORMATILAH guru anda...aku nak jadi guru sebab ini pun cita2 aku juga...walau pahit manis aku akan telan...

sebagai seorang anak didik yang pernah dididik oleh insan yang bernama guru....aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan, kesejahteraan guru-guru aku... apa yang aku nk bgtau kat cni lagi...aku masih ingat lagi guru pertama aku time tadika iaitu cikgu Balqis....dan ramai lagi ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen untuk BloG sYaWaL