BIO SELEZA FEMININE PAD ORIGINAL

26 Mac 2011

Andaiku tahu

Hidup tidak akan selamanya

Assalamualaikum....sudah lama rasanya jari ini tidak menekan butang laptop sebab setelah kesekian kalinya aku teramat sibuk tambahan pula tugasku bukan lagi sebagai seorang pelajar tetapi sudah bekerja. Seingat aku dulu semasa praktikal di sekolah seri kemudi ada masa pula untuk membelek-belek blog yg seberapa ini. Selepas tamat praktikal bln akhir bulan 4, aku balik kampung sebulan di rumah selepas itu datang ke rumah sewa kat perak dua minggu "leparking"  situ. Kemudian dari perak terus ke penang interview keja...alhamdulillah dapat juga jadi operator di OSRAM Optosemiconductor.. lepas tu aku start keja dari bulan 6 sampai pertengahan bulan 11 sebab masa keja tu dapat surat posting. sampai bulan 7 aku konvo...aku masih dipenang so senangla nak berurusan ulang-alik ke USM..boleh pergi dengan RAPID Penang. Selepas buat keputusan...aku bagi surat resign lalu terus balik kampung buat persiapan untuk orientasi kat Port Dickson selama 5 hari bagi guru baru. Time kat PD best sangat sebab dah lama perpisah dengan "asam" akhirnya dapat bersama-sama tinggal sebilik pula tu. kami pergi ke sana sama-sama lepas tu check in kat hotel yang disediakan oleh pihak kementerian..best sangat-sangat bila terkenangkan memori itu..sangat indah disaat "budu" ini bersamanya. Ye la...kami seperti adik beradik bila berjauhan rasa rindu dan sayang itu tidak pernah hilang. Dialah orang penting dalam hidup aku selepas dari keluarga sebab susah senang kami tempuhi bersama dari tahun pertama di universiti sampailah sekarang dia sudah mendirikan rumah tangga. Kini aku menetap di selatan dia pula di Barat..tapi kami masih contact...itulah aku si "budu' dan dia si "asam" Berbalik kepada perihal kesibukkan aku tadi...sekarang tidak bergelar pelajar lagi tapi dah kerja..alhamdulillah dapat posting cepat... tsyukur sangat-sangat pada Allah swt. ermmm ada lagi nak cerita tapi sambung lagi yerk..sebab nak rehat kejap...batuk batuk tapi masih makan durian...sedap..rezeki dapat jangan tolak..kalau rezeki yang baik dan halal. Wassalam."praises Allah everyday" (26-03-11/ 10.49pm)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen untuk BloG sYaWaL