Hidup tidak akan selamanya...
Assalamualaikum pada teman2....sama2 menajdi hambah allah di atas muka bumi ini...emmm tgok skrng jam 5.04 pagi...aku tak lena untuk tidur...mungkin sebab minum nescafe semasa makan malam ngan housemate tadi...Untuk tidak membiarkan waktu terbazir begitu sahaja...terdetik untuk menulis rasa yang terbuku di hati ini...bukan untuk membuka pekung sesiapa namun hanya untuk meluahkan rasa hati pada blog ini yang aku tahu memang ia hanya milik aku...hanya aku sahaja yang membacanya tiada orang lain...jadi apa yang aku tulis disini dan luahkan disini sebenarnya hanya aku dan Allah sahaja yang tahu...Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui...
Ya kini sudah dua hari aku dalam status tamat belajar...sebelum ini beria-ia benar aku untuk pergi majlis reunion pelajar tahun empat bach Special needs education kat taman negara teluk bahang...aku terus booking nama apabila dapat tahu...ya sebab aku memang mahu pergi tanpa berfikir panjang kemungkinan aku tidak dapat menghadirkan diri...hanya satu dalam kotak fikiranku iaitu mahu pergi menemui rakan2 seperjuangan semasa di universiti dahulu setelah beberapa bulan tidak bertemu...walaupun hakikatnya aku tidaklah serapat seperti mereka2 namun rasa sayang dan rindu pada mereka masih bertamu di hati kecil ini dan tiada sekelumit pun rasa untuk tidak mahu berjumpa mereka semua. Oleh sebab itulah aku membuat persetujuan tanpa berfikir panjang...dengan memberi kata putus untuk menyertai reunion itu...
Setelah hampir ke tarikh yang di tetapkan...aku excited untuk pergi...rasa sangat2 teruja untuk pergi menemui mereka tambah pula lecturer juga mahu ikut serta...walaupun dalam situasi kewangan yang agak kurang memberangsangkan...namun aku cuba la untuk katakan masih terkawal walaupun sebenarnya tidak. Tambahan pula ini la peluang untuk menemui mereka2 kerana selepas ini kami akan membawa haluan masing2 dengan kerjaya masing2...tambahan pula masing2 telah menginjak umur 20-an yang layak di gelar matang kerana sudah dalam peringkat dewasa...walaupun aku masih berasa tidak cukup matang. Selepas ini berbagai cabarab dan dugaan harus ditempuhi, hidup perlukan tanggungjawab...
Begitu jugalah aku...sehingga tiba saat2 akhir aku tidak dapat mengizinkan diriku untuk bersama mereka dalam reunion itu...kerana "kita hanya boleh merancang namun yang menentukan hanya Allah swt jua" Dia tahu apa yang kita tidak tahu...
Sudah aku berikan kata maaf terhadap rakan2ku kerana ketidakdapatpergianku bersama mereka....namun rasanya seperti mereka tidak mahu mengiakan kemaafkanku...jauh di sudut hati mereka kecil hati dan terkilan...ya...memang sepatutnya begitu..namun harus lah mereka faham ada sebab aku jadi begini....hanya Allah yang tahu gelodak jiwaku saat ku ingin mengucapkan kata tidak untuk pergi bersama mereka...
Maafkan aku wahai teman...seandainya tutur kata dan janji ku tdk dapat ku penuhi...sesungguhnya aku perlu lakukan sesuatu yang lebih penting daripada apa yang penting kerana apa yang lebih penting itu adalah sangat penting daripada yang penting...aku sayang, rindu, tersangat ingin menemui korang semua...namun biarlah aku simpan rasa itu di dalam hati sanubariku ini tanpa mempamerkan kepada korang semua kerana aku tahu korang tidak tahu apa yang aku rasakan sekarang melainkan Dia...
Aku bukan sengaja...aku sedih, terkilan dan malu di atas apa yang berlaku dan kelangsungan aku untuk tidak bersama korang....seribu kemaafan aku pohonkan...dan ku doakan agar korang semua bergembira selamat sejahtera setiap masa tanpa aku bersama korang...
Aku tidak dapat buangkan rasa rajuk korang dihati.....namun rasa rajuk di hatiku Allah jua yang Mengetahuinya,...tidak mengapa...biarlah korang mahu anggap apa....ya..aku yang bersalah kerana terlalu mudah mengatakan ya untuk ke majlis reunion itu...tanpa berfikir panjang...jadi aku lah yang bersalah...apa yang aku rancang tidak menjadi...
Aku tidak pernah menyalahkan korang semua...bergembiralah wahai teman2ku...aku rindu, aku sayang kamu...i wish u all hepy and im really appriate di atas kerjasama yang korang berikan pada aku... semoga silaturrahim ini tidak putus di sini dengan terputusnya pandangan mata sesama kita...moga rasa kasih dan sayang silaturrahim ini masih setia di hati masing2...sampai hujung nyawa walaupun berjauhan kelak...insya'Allah. Amin Ya Rabbal Alamin... ini doa daru aku untuk kita semua...
Wassalam....(26-04-10)
Hidupku Hanya Untuk-Mu, KADANG-KADANG ALLAH SWT SEMBUNYIKAN MATAHARI, DAN DIA DATANGKAN PETIR DAN KILAT, KITA TERTANYA-TANYA KE MANA HILANGNYA MATAHARI, TETAPI RUPA-RUPANYA ALLAH SWT MEMBERIKAN KITA PELANGI. JADILAH SEORANG INSAN DALAM BEKAS KACA YANG SUKAR UNTUK DI AMBIL. HANYA ORANG YANG MAMPU MEMILIKI SAHAJA YANG BOLEH MEMILIKINYA...SESUNGGUHNYA ALLAH MEMANDANG KEPADA HATI YANG BERSIH LAGI SUCI DAN BUKANNYA PADA RUPA DAN PAKAIAN...(^_^)
26 April 2010
?Terkilan ...mengapa kau tidak mahu memahaminya...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen untuk BloG sYaWaL