BIO SELEZA FEMININE PAD ORIGINAL

31 Ogos 2009

Nur Maryam



FRIENDS


Antara:
Kawan, Rakan, Saing, Sahabat, adakan berbeza???

Singgah Sahur


Assalamualaikum W.T.B

Selamat pg pada saya sendiri la...sebab saya sorang je yg baca blog kelakar ini agaknya maklumla blog yang xseberapa ni....(hati berkata: aku ni bkn pandai sangat tentang benda2 mcm ni). Emm sebenarnya hari ini saya banyak buang masa dengan menonton Drama thai "JUEY LUEY RAK" ini pun copy dari adik dia download...nak harapkan saya??? xreti dah banyak kali cuba takjadi jg...line wireless kat universiti memang macam ni la banyak persaingan...tambah-tambah banyak laman2 web mcm tu di sekat..untuk kebaikan semua juga.......fikiran pun agak kusut biasalah namanya pun perempuan...kan faham2 sajalah...nak mengaji xboleh xpe untuk tenangkan diri dengar orang ngaji pun boleh...(^_*).

Selain dari itu...saya banyak habiskan masa dengan baca bukuJangan bersedih "DONT BE SAD"...hari tu beli kat gerai tapak konvo...macam2 jual kat situ...bila lihat rambang mata...tp yg terlalu penting beli la jimat2 maklumla PTPTN je yg support...nak minta dgn parents selalu segan jg dh besar2 ni...kalau kecik lain cerita...ish dh melalut ni...ni nk cerita pasal buku ni...best bila baca...xdpt nk bgtau mcm mana...ye la bila baca buku2 ilmiah macam ni akan timbul satu perasaan yg ...entah xdapat nk gambarkan...kalau nk tahu cuba baca juga...lain org lain pendapatnya dan bg saya mcm ini la...sebab ini lah saya.

Buku La' Tahzan- Jangan bersedih- Don't Be Sad ini ditulis asalnya di tulis oleh Dr. 'Aidh Bin Abdullh Al-Qarni tp telah diterjemahkan dan di alih bahasa semuala oleh Mohd. Sofwan Amrullah. buku ini ada dalam Jilid 1 dan jilid 2...kecil je untuk memudahkan pembaca membawanya kemana-mana... ia lebih menceritakan

" SEMANGAT DAN AZAM
UNTUK HIDUP HARI INI
TANPA KESEDIHAN,
TANPA KERESAHAN,
TANPA KEMARAHAN,
TANPA KEDENGKIAN, DAN
TANPA KEBENCIAN"


TANPA LUPA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI KHALIFAH IAITU HAMBA ALLAH SWT DAN UMAT RASULULLAH SAW DI ATAS MUKA BUMI INI...
(ini ayat saya tambah sendiri)


"Sekelian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepada-Nya. setiap masa Ia di dalam urusan (MENCIPTA dan MENTADBIRKAN makhluk-makhluk-Nya!"

(Surah Ar-Rahman: 29)


Emm ada banyak lagi saya nak cakap dalam ni sebab kat sini la saya boleh cakap...nak cerita face to face kat orang lain ...takut membosankan ore...sebab saya adalah saya...saya nak jadi diri saya sendiri so "be my self" selagi tidak lari dari landasan yg betul insya'Allah dan semoga Allah sentiasa memelihara saya dalam menjadi seorang insan yg taat kepadanya... Amin...kerana setiap insan mahukan yang terbaik untuk dirinya baik di dunia dan juga akhirat... nanti da masa saya nk tilis lagi...

Assalamualaikum.

Pecah Kaca Pecah Gelas
Kalau Ada Masa BOleh Balas


Wassalam. (^_^)

29 Ogos 2009

Resah Gelisah...


Assalamualaikum...


Malam ni dr td nk buat assignment tp tak terbuat... dh 2 mcm mana nk waat aku duk tergaru2 mcm org kena miang rebung...td mkn ubt..mata dh lali nk tdo ngantuk...tp bila mata pejam,...bdn gatal2...aaduh. xtahu apa kena ngan diri aku ni...mmg la sabar dgn dugaan yg xseberapa ini...tp aku xtahan..Ya Allah hilangkanlah kegelisahan ht ku ini...Aminn nk concerntreate keja pun cannot go...so how i can stay up 4 finish my work tonoght???????????????????????? aku bingungggggggggggggggggggggg, xtahannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...nk mandi dh malam...dah la hr ni buka ngan megi cintan dan kopi ...itu pun syukur dh ada rezeki jg...tp bdn ni gementar lg...padahal dh isi ngan mkanan...emmm mlm ni aku mengarut je kejanya...ye la apa xnya badan dh mcm kera kena simbah chili.................xthu nk buat apa lg........tawakal dan tahan je la sampai pg esok...................................

dh la hari ini mmg hari aku......wahai kwan2 sahabat taulan,...jauhkn dirimu drpd aku ini...

10 Ogos 2009

Saja2 jer

Assalamualaikum...

Emmm dh 2 hari xupdate blog yg kelakar dan serba kkurangan ini...emm xsempat. Hari ni pun sbb sementara tunggu kol 7.30 sbb nak p cafe beli Ais Kacang utk berbuka puasa...Ye la rasa teringin sangat nk mkn ais kacang. Hari ni aku akan buka puasa sorang-sorang je dan akan santap dengan nasi lemak, ais kacang...wah sedapnya nikmat yg Allah swt berikan pd aku..masih dpt menikmati makanan seadanya. alhamdulillah. Kepala sakit ni...hari ini aku g kelas lewat iaitu kul 2.30 baru sampai kelas...perbentangan tutorial oleh kosmate aku dh terlepas..tp nasib baek dr.Lee xwarning..risau jg td...lepas kelas..aku balik ngan nur jalan kaki la kami balik ke bilik...sampai kat bilik...aku nk solat asar la..sbb lepas ni nk kuar p teman xrumate aku p naik bus...tp asar lambt lg...so kami kuar dlu..aku ngan che ah jalan la p beli makanan utk aku buka puasa dan dia pula beli burger utk bekal atas bus. Sempat lg hr ni lepas mogok xnak top4 hr 2 aku pun top 4 lg 10.oo utk call rmh mlm ni...lepas dh siap antar che ah naik bus..aku pun balik la sorang2 dengan membimbit nasi lemak lauk ikan bilis dan telur dan satu lg lauk ikan. satu utk Berbuka dan lg satu utk sahur mlm nanti...hehehe...lepas 2 singgah jap kat masjid utk menunaikan kewajipanku lepas 2 seusai solat aku pun balik bilik sbb kawan nk masuk bilik..kunci aku bawa...hehehe...

Baiklah nak Relax dlu...assalamualikum...

Wassalam

8 Ogos 2009

Memang tak boleh lupa...


Salam


Hari ni rajin lg sy nk crita...hari ni hujan ...cuaca mendung...udara pun dingin...sejuk..mcm ni la keadaan penang dlm 2,3 minggu ni...Rahmat Allah la tu supaya xpanas sangat...skrang ni dh masuk 18 Syaa'ban... lepas ni Ramadhan pula...EEMMmmm Ramadhan semakin hampir...alhamdulillah sy masih bernafas hari ini...mudah-mudahan dapat melalui ramadhan ini dengan penuh hikmah. Insya'Allah.

Memang kelakar hari ni sempat jg saya tonton cerita hindi di tv3... first time sy tengok cerita ni ada hero dan heroin super man dan super woman..memang kelakar. Cerita ni xlah best sangat...tp sekadar lihat pun sambil "melepaskan batuk ditangga" sambil2 makan MAMEE dan KOPI 3in1 td...Tiba2 perut lapar dan minta di isi...cafe pula ttp al maklum la hari minggu (SABTU)...ada pasar malam kat sg.2...Sem ni tak jejak lagi pasar malam kat situ...males nak pergi...nanti buang duit je...ye la kalau p sana mmg la terikut2 ngan nafsu nk mkn macam2 benda yg dijual kat sana.silap2 haribulan lari budget bln ni...lgpun ni sem last kena jimat2 sikit...lepas ni LM. Emm...nak tulis apalg ni...

Malam ni nk siapkan tugasan PPK331E presantation khamis nanti...by group...Nak kena buat draf presantation, lepas 2 msk dalm epkhas...utk Dr. Lee semak...lepas 2 nak kena ambil gambar...baru ori kira xciplak hasil karya orang lain...jadi baru boleh diterbitkan dalam web epkhas. So dapatlah jadi penyumbang.

Ingat nak tel rumah...tp top Rm 10.00 blum pakai lg...check baki tinggal Rm2.00, sakit hati betul...celcom caj apa pun xtau...mumgkin ada terlanggan apa2 kot...dh Rm.20.00 hilang mcm 2 jer...sampai thap pernah tfikir nak patahkan simkad...tp xjadi cuma bertindak ttp tel selama 1hr 1mlm...lepas 2 baru-baru ni saya beli top4 Rm10.00...belum pkai lagi...tp sampai ke la tak boleh pakai...buang je duit kiranya...sbb masa 2 kena hujan...cad top 2 basah lencun...nombor dia pun xnampak...xder rezeki lagi la...tp kalau dfikirkan balik secara rasionalnya...xperlu la nk emosional sangat...Rezeki Yg Allah bagi ,kalau dia nak tarik...kejap je..mcm2 cara cthnya mcm cara yg jadi kat saya ni...cuma apa yg jadi bersebab...so xpe lah ... fikir yg positif je. Rezeki yg kita dpt ni pun datangnya drpa Dia. Mungkin nanti lain masa ada rezeki lagi..so buat masa ni, bulan ni...potong duit top4. Kalau ada pe2 hal...thu la mana nak cari saya.

Wassalam...


KEBAIKAN BERDIAM

ASSALAMUALAIKUM...KAWAN-KAWAN...HARI NI SAYA BARU DPT EMAIL BARU...SO LEPAS BACA SY NAK SHARE NGAN SESIAPA YG SUDI MEMBACA...


Manusia berbicara setiap masa. Bicara
yang baik akan membawa keselamatan dan
kebaikan kepada manusia. Jika bicara
tidak mengikut adabnya, manusia akan
merana di dunia dan di akhirat. Di
dunia akan dibenci oleh manusia lain
manakala di akhirat bicara yang
menyakiti hati orang lain akan
menyebabkan kita terseksa kekal abadi
di dalam neraka Allah s.w.t.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang
dikurniakan Allah itu tidak digunakan
untuk berbicara sesuka hati dan sia-
sia. Sebaliknya digunakan untuk
mengeluarkan mutiara-mutiara yang
berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi
lidah manusia daripada mengucapkan
perkataan yang sia-sia.


HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersuah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada
orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat
pencatat amal
7. Menutupi segala aib

Hadis-hadis Rasullullah mengenai
kelebihan diam yang
bermaksud: "Barangsiapa yang banyak
perkataannya, nescaya banyaklah
silapnya. Barangsiapa yang banyak
silapnya, nescaya banyaklah dosanya.
Dan barangsiapa yang banyak dosanya,
nescaya neraka lebih utama baginya"
(Riwayat Abu Naim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah
dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia
berkata yang baik atau diam". (Riwayat
Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas
dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK
DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK
SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN
ORANG LAIN.

KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA
TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU
MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan
syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang
terbaik ialah diam kalau kita tidak
dapat bercakap kearah perkara-perkara
yang baik. Bicara yang baik adalah
lambang hati yang baik dan bersih yang
bergantung kepada kekuatan iman pada
diri manusia.

Dari Abdullah bin ' Amr R. A,
Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sampaikan
pesanku biarpun satu ayat... "

Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita
dinasihatkan hendaknya kita banyak
berdiam (berzikir di dalam hati) dan
Senyum selalu ... kerna senyum itu
adalah satu sedekah ..Insya ' Allah

Wasalam... .

7 Ogos 2009

Keajaiban Berselawat

Keajaiban Berselawat
Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu, pagi ini kita akan membincangkan tentang keajaiban selawat.

1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (Hadis Riwayat Muslim.)

2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.


3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.


4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.


5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.


6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.


7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.


8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.


9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.


10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.


11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.


12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.


13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.


14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.


15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.


16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.


17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.


18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.


19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.


20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.


21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.


22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.


23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.


24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.


25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.


26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.


27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.


28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.


29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Hadis Riwayat Abu Naim.


30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - Hadis Riwayat Thabran


31. Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.

SEJARAH AYAT AL KURSI

SEJARAH AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.

  1. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
  2. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t. Mengikut keterangan dari kitab ' Asraarul Mufidah ' sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
  3. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w.. bersabda bermaksud:
    ' Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya. '
    Sabda baginda lagi;
    ' Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
    kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar. '
  4. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
  5. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
  6. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
  7. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
  8. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
  9. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  10. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
  11. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
  12. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
  13. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  14. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
  15. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin ' Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,
    ' SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT..... '

JOM lihat Lirik2 lagu Pilihan saya...


Lilin Seorang Guru
Album : Impian Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

Lagu & Lirik : Cikgu Khairul, Mie.. inteam & Munif Ahmad (Hijjaz)
Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.
Halimatus Saadiah
Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Kakimu melangkah lesu menuju ke jalan pulang
Kecewa kerana gagal mendapat bayi hartawan
Namun apakah yang akan kau beri sebagai jawapan
Jika ditanya mengapa kau gagal mendapatkannya

Tiba-tiba senyum si yatim itu menyapa
Tergugah deria ibu yang bersemi di jiwa
Biar Muhammad itu tanpa upah berganda
Namun hatimu rela bukan kerana harta

Halimatus Saadiah
Engkau ibu yang bertuah
Kau wanita penerima barakah
Dari desa pedalaman
Daerah di pinggiran
Kau menyusui insan pilihan

Kau pangku dia dan berubahlah segalanya
Badan yang terasa lesu kini bertenaga
Susu yang sedikit itu bertambah dengan segera
Peliharaan ternakan membiak subur berganda

Halimatus Saadiah, kau ibu barakah
Engkau pemula muqaddimah yang indah
Episod awal sirah Nabi junjungan mulia
Kau ibu susu yang bertuah

Pada sejarahmu terukir kenyataan
Tidak kan miskin jika membela Islam
Tidak hina meriba kebenaran yang mulia
Jangan takut jika kau beriman


Lagu : Putra Aiman (Hijjaz Records)
Lirik : Pahrol Md. Juoi (Genta Rasa Publishing)
Penyusun Muzik : Firdaus
Penerbit : Munif Ahmad
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
The Cave of Hira
Album : Al-Mu'allim
Munsyid : Sami Yusuf
http://liriknasyid.com


Chorus
Hayya 'ibad Allah
(Come O servants of Allah)
Ahibba Allah
(O you who love Allah)
Sallu 'ala an-Nabi
(Send salutations to the Prophet)
On a clear and moonlit night
In the dark cave of Hira
A man began to cry
Oh Allah show me the light
Tell me why I was created
Where will I go after I die?
What’s the purpose of this life
Where people murder and lie?
How can I stop their corruption?
Oh Allah You’re my only Guide.
Ya Habibi ya Mustafa
(O my beloved O Chosen One)
Ya Rasula Allah ya Habiba Allah ya Safiyya Allah
(O Messenger of Allah, O Beloved of Allah,
O Intimate of Allah)
Ya Habibi ya Mustafa
Anta gharami, dhikruk kalami, kulla ayyami
(You are the object of my love,
your remembrance are the only words I speak throughout my days)
On that clear and blessed night
Jibra'il came to Hira
He hugged Prophet Muhammad
Until he thought he would die
Read O Muhammad read
In the name of your Lord
By Allah you’ve been chosen
Over the whole of mankind
You’ve been elevated high
Like the moon up in the sky

Chorus
Ya Yasin Ya Khalil Allah
Ya Amin Ya Najiyya Allah
Ya Makin Ya Shahid Allah
Ya Mukhtar Ya Hafiyya Allah
Ya Taha Ya Habiba Allah
[All names of the Prophet (pbuh) ]

Chorus
He’s a mercy for mankind
His speech was gentle and kind
He summoned people to Allah
And led them on his path
Mankind lived in the darkness
Everyone alive was just blind
His message brought the light
To the hearts that had no sight
In mercy he’s the ocean
While others are drops of rain.
Ya Habibi ya Mustafa
Ya Rasula Allah ya habiba Allah ya Safiyya Allah
Ya Habibi ya Mustafa
Anta gharami, dhikruk kalami, kulla ayyami
Forever we’ll be indebted
To him for this Islam
Our life for him we’ll give
His message with us will live
Our love for him knows no bounds
It is loftier than the clouds
Whenever his name is mentioned
Our tears begin to flow
Oh Allah send your blessings
On al Mustafa
Ya Habibi ya Mustafa
Anta gharami, dhikruk kalami, kulla ayyami
Ya Habibi ya Mustafa
Ya Rasula Allah ya Habiba Allah ya Safiyya Allah
Ya Habibi ya Mustafa
Ya Nabiyya Allah, ya Waliyya Allah, ya Khalil Allah

Pengirim : KayK



Free
Album : My Ummah
Munsyid : Sami Yusuf
http://liriknasyid.com


What goes through your mind?
As you sit there looking at me
Well I can tell from your looks
That you think I?m so oppressed
But I don?t need for you to liberate me


My head is not bare
And you can?t see my covered hair
So you sit there and you stare
And you judge me with your glare
You?re sure I?m in despair
But are you not aware
Under this scarf that I wear
I have feelings, and I do care

CHORUS:
So don?t you see?
That I?m truly free
This piece of scarf on me
I wear so proudly
To preserve my dignity...

My modesty
My integrity
So don?t judge me
Open your eyes and see...
?Why can?t you just accept me?? she says
?Why can?t I just be me?? she says
Time and time again
You speak of democracy
Yet you rob me of my liberty
All I want is equality
Why can?t you just let me be free?

For you I sing this song
My sister, may you always be strong
From you I?ve learnt so much
How you suffer so much
Yet you forgive those who laugh at you
You walk with no fear
Through the insults you hear
Your wish so sincere
That they?d understand you
But before you walk away
This time you turn and say:

But don?t you see?
That I?m truly free
This piece of scarf on me
I wear so proudly
To preserve my dignity
My modesty
My integrity
So let me be
She says with a smile
I?m the one who?s free

Pengirim : hafiy
Sumber http://samiyusuf.com/

Perkara Baik Boleh Diamalkan

(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)


1. Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.


2. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim


(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)

1. Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh.


2. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.


(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)


1. Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan.


2. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.


3. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya…


4. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.


5. Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.


6. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid.


7. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah miskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.